GENEVA: Switzerland akan menyertai pakej sekatan ke-10 Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia berhubung perangnya di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.
"Pada mesyuarat 29 Mac, Majlis Persekutuan memutuskan untuk menggubal sekatan lanjut terhadap Rusia," menurut kenyataan kerajaan Switzerland pada Rabu.
EU menerima pakai pakej ke-10 menentang Rusia pada 25 Februari - sehari selepas ulang tahun pertama perang Moscow di Ukraine.
Jabatan Hal Ehwal Ekonomi, Pendidikan dan Penyelidikan Persekutuan Switzerland pula telah meminda lampiran ordinan meluluskan sekatan Switzerland terhadap kira-kira 120 individu dan entiti tambahan pada 1 Mac yang membolehkan Majlis Persekutuan menerima pakai pakej sekatan ke-10.
Ini termasuk sekatan tambahan berkaitan produk serta larangan ke atas warga Rusia yang berkhidmat di organisasi pentadbir pemilik atau pengendali infrastruktur kritikal, perubahan kepada keperluan pelaporan dalam sektor kewangan serta larangan ke atas mereka yang memiliki atau mengendalikan infrastruktur kritikal, katanya.
Menurut langkah baharu itu, larangan dan sekatan eksport baharu itu khusus terpakai bagi produk dwiguna, barangan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan dan teknologi atau sektor pertahanan dan keselamatan, barangan bagi meningkatkan kapasiti perindustrian Rusia selain barangan yang digunakan dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa.
Pakej terbaharu itu juga mengetatkan peraturan perdagangan mengenai produk yang penting kepada ekonomi Rusia selain pengecualian kemanusiaan serta memperkenal kaedah baharu untuk melindungi kepentingan ekonomi Switzerland, dalam kes tertentu.
Beliau berkata Majlis Persekutuan sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bertindak dalam rangka perundangan sedia ada bagi meminimumkan sebarang kesan ekonomi yang tidak diingini ke atas syarikat Switzerland.
"Melalui keputusan hari ini, ia menghalang bank-bank Rusia yang disekat daripada memiliki kepentingan besar dalam dua syarikat teknologi tinggi Switzerland dan sekali gus memperoleh manfaat daripada sekatan itu.
"Perubahan itu berkuat kuasa pada 8 malam (1800GMT) 29 Mac," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan pakej sekatan pada 25 Februari, EU mengenakan langkah sekatan ke atas 87 individu dan 34 entiti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
EU menerima pakai pakej ke-10 menentang Rusia pada 25 Februari - sehari selepas ulang tahun pertama perang Moscow di Ukraine. - Gambar fail/ Fedor Selivanov/hutterstock.com
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.