awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan UAE kendalikan 28 penerbangan seminggu ke Malaysia

Bernama
Bernama
23/05/2023
09:00 MYT
Syarikat penerbangan UAE kendalikan 28 penerbangan seminggu ke Malaysia
Syarikat penerbangan UAE telah meningkatkan penerbangan ke Malaysia seiring dengan kepesatan peningkatan momentum perkongsian strategik bersama antara kedua-dua negara. -Gambar fail/Unsplash
DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia telah menetapkan model kerjasama strategik dalam sektor penerbangan dan pelancongan, dengan peningkatan dalam bilangan penerbangan dan pertumbuhan stabil aliran pelawat.
Syarikat penerbangan UAE telah meningkatkan penerbangan ke Malaysia seiring dengan kepesatan peningkatan momentum perkongsian strategik bersama antara kedua-dua negara.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat penerbangan UAE -- Etihad Airways, Emirates dan Air Arabia -- masing-masing mengendalikan 112 penerbangan bulanan atau 28 penerbangan mingguan dari Abu Dhabi, Dubai dan Sharjah ke Kuala Lumpur.
Etihad Airways memulakan penerbangan ke Kuala Lumpur pada 2007 dan sejak itu telah mengendalikan lebih 2.7 juta penumpang.
Pada 2019, Etihad Airways menandatangani kerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menarik pengunjung dari Eropah dan Timur Tengah ke Malaysia melalui hab syarikat penerbangan itu, Abu Dhabi.
Emirates memulakan perkhidmatan dari Dubai ke Kuala Lumpur pada tahun 1995. Syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan perjalanan dari Malaysia melalui rangkaian globalnya di lebih 140 destinasi.
Syarikat itu turut mengumumkan akan menambah penerbangan mingguan ke Malaysia kepada 21 dari awal Jun hingga Julai.
Sementara itu, Air Arabia menganggap penerbangan ke Malaysia sebagai langkah penting dalam rancangan syarikat berkenaan untuk memperluas kehadirannya dalam pasaran pelancongan Asia dan menyediakan pelanggan dengan pilihan perjalanan ke destinasi antarabangsa, termasuk Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UAE
#Tourism Malaysia
#syarikat penerbangan
#GCAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan