awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan UK cabar arahan kuarantin, ancam tindakan undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2020
00:06 MYT
Syarikat penerbangan UK cabar arahan kuarantin, ancam tindakan undang-undang
O'Leary (gambar) berkata arahan yang berkuat kuasa Isnin itu akan mengakibatkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan dalam sektor pelancongan UK, terutama ketika musim percutian pada Julai dan Ogos. -Gambar fail
Syarikat penerbangan di Britain mendakwa arahan kuarantin 14 hari yang dikenakan ke atas semua penumpang yang masuk ke United Kingdom hanyalah membuang masa dan lebih kepada gimik politik.
Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary, berkata arahan yang berkuat kuasa Isnin itu akan mengakibatkan kehilangan beribu-ribu pekerjaan dalam sektor pelancongan UK, terutama ketika musim percutian pada Julai dan Ogos.
"Kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang hari ini bagi mencabar langkah kuarantin yang tidak rasional, tidak berkesan dan tidak boleh dilakukan.
"Pertamanya, tiada asas saintifik untuk membuktikannya. Kedua, ia bukan kuarantin kerana kita benarkan penumpang yang tiba di lapangan terbang untuk pergi ke stesen tren bawah tanah.
"Kami ada tanggungjawab untuk selamatkan sebanyak mungkin pekerja; kami bertanggungjawab terhadap industri Britain, cuba selamatkan sebanyak mungkin pekerjaan dalam industri ini pada Julai dan Ogos.
"Cara terbaik ialah mengambil tindakan undang-undang bagi menunjukkan bahawa tindakan kuarantin ini tidak berfaedah langsung.
"Ia hanyalah permainan politik oleh (Setiausaha Negara) Priti Patel untuk menutup kegagalan kerajaan UK untuk menguruskan strategi atau respons terhadap pandemik COVID-19.
"Sebab itulah Britain paling 'sakit' di Eropah, malangnya," kata O'Leary.
Tambahnya, selain Ryanair, EasyJet dan British Airways turut akan mengambil tindakan undang-undang ke atas keputusan kerajaan.
Sementara itu, pemilik British Airways, IAG mendakwa kerajaan UK tidak melakukan sebarang libat urus dengan syarikat penerbangan berhubung arahan kuarantin 14 hari itu.
Dalam masa sama, pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow risau tentang kesan kuarantin kepada aktiviti import dan eksport UK.
"Kebimbangan utama kami ialah tiada penumpang yang terbang dan itu merencatkan ekonomi UK. Kerana, seperti yang anda tahu, pesawat penumpang dari Heathrow menyumbang kepada 40 peratus eksport UK."
Sehingga kini, UK mencatatkan lebih 40,680 kematian akibat COVID-19, yang tertinggi di Eropah dan kedua tertinggi di dunia.
Kerajaan UK sebelum ini mendakwa arahan kuarantin itu dilakukan berdasarkan data saintifik.
Arahan berkenaan akan mewajibkan penumpang yang masuk ke UK melalui semua pintu masuk -- darat, laut dan udara -- untuk mengisi borang dan dikuarantin selama dua minggu.
Mereka akan turut dihubungi pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan.
Ia terpakai kepada semua penumpang yang masuk ke UK termasuk warga Britain dan kegagalan mematuhi arahan akan dikenakan denda.
Topic Berkaitan
#British Airways
#EasyJet
#gimik politik
#IAG
#kuarantin
#Michael O'Leary
#Ryanair
#sektor pelancongan UK
#tindakan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan