SYDNEY: Beberapa kawasan di Sydney, Australia dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, yang dijangka berlarutan untuk beberapa hari akan datang.

Pasukan kecemasan menerima 50 panggilan daripada penduduk di serata bandar pada Ahad, kebanyakannya berhubung masalah rumah dinaiki air.

Agensi meteorologi meramalkan ribut tahap buruk melanda beberapa kawasan di Sydney dengan hujan lebat pula diramalkan sepanjang minggu depan.

Cuaca buruk kembali melanda Sydney selepas bandar itu memecah rekod taburan hujan tertinggi pada 2022, dalam tempoh 164 tahun.

Tahun lepas juga merupakan tahun ketiga secara berturut-turut fenomena La Nina melanda pantai timur Australia.