awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
Gabungan Nasionalis tekad perkukuh martabat bahasa, budaya Melayu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syria gantung penerbangan di lapangan terbang Aleppo 'sehingga notis lanjut'

Bernama
Bernama
11/01/2026
02:00 MYT
Syria gantung penerbangan di lapangan terbang Aleppo 'sehingga notis lanjut'
Orang awam berpindah dari kawasan kejiranan Sheikh Maqsoud susulan serangan yang sedang berlaku di Aleppo, Syria, 10 Jan 2026. (Foto AP)
ISTANBUL: Syria pada Sabtu menggantung semua trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo sehingga notis selanjutnya berikutan kebimbangan keselamatan susulan serangan terbaharu oleh organisasi YPG/SDF ke atas kawasan kejiranan di utara bandar itu, menurut Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo menggantung semua trafik udara berikutan serangan YPG/SDF ke kawasan kejiranan di utara bandar itu, demi keselamatan penumpang dan kru penerbangan.
  • Keputusan penutupan lapangan terbang dianggap langkah sementara sambil menunggu penilaian teknikal dan keselamatan diselesaikan.
  • Serangan YPG/SDF di Aleppo telah mengorbankan 23 orang, mencederakan lebih 100 individu, dan memaksa pemindahan kira-kira 165,000 penduduk di Ashrafieh dan Sheikh Maqsoud.

Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Arab Syria (SANA), Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam berkata lapangan terbang itu akan kekal ditutup "sehingga notis selanjutnya" bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru penerbangan selain melindungi keselamatan operasi.
Pihak berkuasa menyifatkan keputusan itu sebagai langkah sementara dan berjaga-jaga, sementara menunggu penilaian teknikal dan keselamatan diselesaikan dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan.
Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam, kemas kini rasmi akan dikeluarkan sebaik sahaja keputusan untuk menyambung semula penerbangan dibuat sambil menggesa pengembara untuk merujuk syarikat penerbangan masing-masing bagi maklumat terkini.
Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo digantung sehingga 11 malam (2000GMT).
Sejak Selasa, SDF mengebom kawasan kejiranan, kemudahan awam dan kedudukan Tentera Syria di Aleppo.
Serangan itu mengorbankan 23 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain, selain mencetuskan pemindahan paksa kira-kira 165,000 penduduk di daerah Ashrafieh dan Sheikh Maqsoud.
Pada Mac 2025, pejabat presiden Syria mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pengintegrasian SDF ke dalam institusi kerajaan, menegaskan perpaduan wilayah negara serta menolak sebarang cubaan pembahagian.
Pada April 2025, pihak berkuasa Syria menandatangani perjanjian dengan SDF berhubung kawasan kejiranan Sheikh Maqsoud dan Ashrafieh, yang menetapkan bahawa kedua-dua daerah akan dianggap sebagai sebahagian pentadbiran bandar Aleppo sambil menghormati keunikan tempatan mereka.
Perjanjian itu turut merangkumi larangan "manifestasi bersenjata", mengehadkan penggunaan senjata kepada pasukan keselamatan dalam negeri, dan mensyaratkan pengunduran pasukan ketenteraan SDF ke kawasan timur Sungai Euphrates di timur laut Syria.
Namun, pihak berkuasa memaklumkan bahawa sejak beberapa bulan lalu, SDF tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memenuhi syarat perjanjian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#Aleppo
#lapangan terbang
#gantung penerbangan
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan