DESTINASI percutian dan bulan madu popular dunia, kepulauan Maldives akan dibuka semula kepada pelancong asing.
Menurut kementerian pelancongan Maldives, lokasi penginapan termasuk hotel yang terletak di pulau yang tidak berpenghuni akan mula dibuka pada 15 Julai, sementara rumah tamu dan hotel yang didiami akan dibuka pada 1 Ogos.
Portal berita antarabangsa melaporkan semua pelancong tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.
Bagaimanapun, pelancong perlu mengemukakan sijil kesihatan yang mengesahkan bahawa mereka negatif COVID-19 sebelum memasuki negara itu.
Bagi pelancong yang tidak bergejala pula, tiada sebarang arahan kuarantin dikeluarkan setakat ini.
Namun, garis panduan tersebut akan dikaji secara berkala mengikut perkembangan semasa situasi COVID-19.
Maldives yang digelar "syurga dunia" oleh pelancong mempunyai kira-kira 1,200 pulau di Lautan Hindi.
Sektor pelancongan merupakan industri ekonomi terbesar di Maldives dan memainkan peranan penting kepada pendapatan negara dan sektor pekerjaan di negara itu.
Terletak di Lautan Hindi dan di selatan barat daya Sri Lanka dan India, sektor pelancongan negara itu menyumbang sekurang-kurangnya AS$325 juta setahun.
Salah satu keunikan di Maldives adalah “Sandbank” iaitu timbunan pasir yang timbul di tengah laut disebabkan paras air laut yang rendah atau surut.
Agensi
Sat Jul 11 2020
Maldives digelar "syurga dunia" oleh pelancong yang gemar aktiviti pantai dan menyelam.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Syurga dunia" Maldives dibuka kepada pelancong asing mulai 15 Julai
Maldives yang digelar syurga dunia oleh pelancong mempunyai kira-kira 1,200 puau di Lautan Hindi.