awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabiat buruk chef selebriti 'kaki raba' didedah

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
12/12/2017
02:37 MYT
Tabiat buruk chef selebriti 'kaki raba' didedah
Pengacara rancangan masakan 'The Chew', Mario Batali mengaku melakukan kesalahan itu pada Isnin selepas artikel pengakuan empat wanita terbabit disiarkan. - Foto Fail REUTERS /Brendan McDermid
Seorang selebriti chef terkemuka hollywood mengaku bersalah melakukan salah laku seks terhadap empat wanita Oktober lalu.
Empat wanita terbabit merupakan pekerja restoran milik selebriti terbabit.
Pengacara rancangan masakan 'The Chew', Mario Batali mengaku melakukan kesalahan itu pada Isnin selepas artikel pengakuan empat wanita terbabit disiarkan.
Keempat-empat wanita terbabit telah membuat pengakuan salah laku Batali di ruangan hadapan sebuah media tempatan di New York.
Menurut laman web berita makanan Eater New York empat wanita terbabit menuduh Batali menyentuh mereka.
Salah seorang wanita mengatakan bahawa Batali meraba dadanya selepas air tertumpah di bajunya manakala seorang lagi berkata batali telah merabanya dari belakang dan memegang erat tubuhnya.
Tiga daripada empat wanita terbabit adalah bekas pekerja Batali.
Sejurus artikel itu disiarkan Chef terkenal terbabit telah berhenti dari menguruskan restoran miliknya dan mengaku bersalah.
Menurut jurucakap restoran, tiga pekerja wanita telah membuat laporan berhubung salah laku Batali itu kepada penyelia.
Ini merupakan kesalahan kedua yang dilakukan Batali selepas 6 tahun.
Pada 2012 Batali berdepan pertuduhan sama membabitkan dua pekerja wanita di rangkaian restorannya di Chicago dan Boston.
Pada tahun tersebut batali didapati bersalah dan dikenakan denda AS$6 juta untuk dua pertuduhan.
Hollywood akhir-akhir ini kecoh dengan kes salah laku yang dilakukan golongan selebriti dan individu penting termasuk pemimpin utama negara itu Presiden Donald Trump.
Trump pada Isnin turut berdepan tuduhan melakukan salah laku seks terhadap tiga wanita ketika mereka berkerja dengannya.
Topic Berkaitan
#air
#AS
#chef
#Donald Trump
#Hollywood
#Mario Batali
#Media
#New York
#seks
#The Chew
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan