Taiwan dilapor keluar waran tangkap atas CEO OnePlus, Pete Lau

Pete Lau. - Foto Amanz
PIHAK berkuasa Taiwan kini telah mengeluarkan waran tangkap terhadap CEO OnePlus, Pete Lau, atas kesalahan mengambil pekerja secara tidak sah di negara tersebut.
OnePlus dikatakan telah mengambil sekitar 70 jurutera di Taiwan secara tidak sah.
Mengikut waran berkenaan, OnePlus dikatakan telah membuka sebuah syarikat penyamaran di Hong Kong, dan seterusnya membuka cawangan di Taiwan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Perkara ini dikatakan telah berlaku pada 2015.
Untuk makluman, di bawah akta Taiwan, syarikat China perlu mendapatkan kebenaran pihak kerajaan Taiwan sebelum boleh mengambil pekerja di Taiwan.
Bahagian di Taiwan dikatakan lebih memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan, dan perisian yang dibangunkan digunakan pada telefon OnePlus dan Oppo.
Sebanyak dua orang yang berkomplot dalam menguruskan operasi di Taiwan turut telah dikenakan tindakan, sementara waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Pete Lau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


