awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiwan siap hadapi Taufan Haikui, ribuan orang dipindahkan, penerbangan dibatalkan

Agensi
Agensi
03/09/2023
01:00 MYT
Taiwan siap hadapi Taufan Haikui, ribuan orang dipindahkan, penerbangan dibatalkan
Orang awam berjnalan di dalam hujan lebat ketika Taufan Haikui dijangka melanda Taiwan hari ini. - Gambar AP
TAIPEI: Penerbangan domestik dibatalkan sementara hampir 3,000 orang dipindahkan ketika Taiwan bersiap menyambut kedatangan Taufan Haikui pada hari ini (3 September), yang dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan dan timur pulau tersebut.
Haikui dijangka mendarat di kawasan berbukit dan kurang penduduk di tenggara Taiwan pada petang Ahad, dengan daerah-daerah dan bandar-bandar di timur dan selatan mengumumkan semua kelas pengajian dibatalkan dan pekerja dibenarkan bercuti.
Haikui adalah taufan yang jauh lebih lemah berbanding Taufan Saola yang melanda Hong Kong dan wilayah selatan China, Guangdong pada hari Sabtu.
Haikui dijangka hanya akan menjadi taufan Kategori 1 atau 2 apabila melanda Taiwan, menurut Tropical Storm Risk.
Kerajaan Taiwan memaklumkan, seramai 2,868 orang telah dipindahkan dari kawasan penempatan terutamanya di selatan dan timur.
Dalam perkembangan sama, dua syarikat penerbangan domestik utama Taiwan iaitu UNI Air dan Mandarin Airlines membatalkan semua penerbangan pada hari Ahad.
Bagi sektor luar negara pula, sebanyak 25 penerbangan antarabangsa dibatalkan pada hari Ahad.
Tidak ketinggalan perkhidmatan feri ke pulau-pulau di luar pantai juga dibatalkan.
Pasukan keselamatan khususnya tentera juga telah menggerakkan askar dan aset-aset untuk memastikan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir berjalan lancar.
Selepas melintasi selatan Taiwan, Haikui dijangka melintasi Selat Taiwan dan memasuki China. - Agensi
Topic Berkaitan
#Taiwan
#Taufan Haikui
#penerbangan dibatalkan
#kerajaan Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan