SEORANG penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago pada 5 Mei lalu seolah-olah tidak mampu bersabar untuk keluar dari pesawat yang dinaikinya.
Sebelum sempat pesawat itu tiba di pintu yang dikhususkan, dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun, kata Polis Chicago.
Media tempatan melaporkan, polis memberitahu, penumpang lelaki itu telah membuka pintu kecemasan pesawat United Airlines, dan selamba berjalan di atas sayap pesawat berkenaan yang sedang bergerak perlahan, sebelum menggelongsor dan melompat ke atas landasan.
Penumpang lain yang berada dalam pesawat berkenaan berasa sedikit cemas dan tidak mampu berbuat apa-apa, sementara seorang penumpang lain sempat mengambil gambar pintu kecemasan yang telah terbuka itu.
Insiden berkenaan dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan yang dilaporkan saluran berita ABC 7 Chicago, pihak United Airlines berkata, kru di landasan telah menahan penumpang itu sebelum pihak berkuasa tiba dan membawanya untuk siasatan lanjut.
"Pesawat itu kemudiannya tiba di pintu yang dijadualkan dan semua penumpang telah keluar dengan selamat. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami," kata syarikat penerbangan itu.
Menurut Jabatan Penerbangan Chicago, tiada laporan tentang kecederaan. Identiti lelaki berkenaan juga tidak didedahkan buat masa ini.
Agensi
Sat May 07 2022

Keadaan pintu pesawat United Airlines yang terbuka akibat perbuatan lelaki berkenaan sempat dirakam salah seorang penumpang lain. - Twitter @MEEagelston

Abdul Wahid Omar dilantik pengerusi baharu WWF Malaysia
WWF Malaysia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
![AWANI Borneo [01/07/2022] - Tangani kebanjiran pati | Hampiri sasaran 1.2 juta pelancong | Rebut peluang, tukar strategi AWANI Borneo [01/07/2022] - Tangani kebanjiran pati | Hampiri sasaran 1.2 juta pelancong | Rebut peluang, tukar strategi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976152/19650021631656675413458_640x360.jpg)
AWANI Borneo [01/07/2022] - Tangani kebanjiran pati | Hampiri sasaran 1.2 juta pelancong | Rebut peluang, tukar strategi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri #AWANIBorneo 1 Julai 2022 : Hajiji setuju penubuhan jawatankuasa dwi-partisan tangani masalah PATI Sektor pelancongan Sarawak: Sasaran 1.2 juta pengunjung tahun ini hampir tercapai Rebut peluang, tukar strategi, Fazzah Kitchen gigih buka cawangan pasca pandemik COVID-19 #AWANInews #MalaysiaBangkit

Inflasi: Kerajaan perlu pergiat tarik pelaburan asing, hubungan rakan strategik
Inflasi tidak boleh diselesaikan hanya dengan bantuan subsidi atau polisi tertentu semata-mata.

Usahawan Luar Bandar | Bimbingan MARA bantu tembusi pasaran luar negara
Bertapak di luar bandar, bukan penghalang untuk memasarkan produk ke luar negara. Itu pencapaian membanggakan usahawan dari Batang Ai, Lubuk Antu yang mengangkat ikan talapia dan madu kelulut sehingga ke Singapura dan Thailand.

Inspirasi | Bertahan ketika pandemik, Fazzah Kithen gigih melebar sayap
Tidak ramai peniaga yang bernasib baik ketika era pandemik COVID-19 ramai yang terpaksa gulung tikar. Ada juga yang bertahan dengan menukar strategi pemasaran. Seperti perniagaan Fazzah Kitchen, yang diusahakan usahawan muda ini .

Sukan | Liga zon tengah semai semangat kekitaan antara DUN
Setelah kali terakhir diadakan pada March 2019, Arena Sukan Sarawak kembali disemarakkan dengan perlawanan Piala Liga Bola Sepak Zon Tengah 2022 atau Sarawak Central Zone Football yang berlangsung hingga Ogos ini. Penyertaan 14 pasukan yang mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di zon tengah sekali gus menghidupkan semangat setiakawan dan kesukanan.

Sejarah dan Warisan | Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan
Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan. Dibangunkan di atas tapak limbungan Brooke di Kuching, projek berkenaan ketika ini dalam proses melaksana kerja-kerja baik pulih limbungan termasuk hiasan dalamannya.

Cukai Jualan | Bangunkan sistem, kekang pemalsuan pengisytiharan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Kewangan Negeri (KKN) akan mewujudkan sistem integrasi secara atas talian bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu. Menurut Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ia dibangunkan sebagai mengekang perkara ini daripada terus berlaku.

PATI | Hajiji harap setiap pihak jujur mencari penyelesaian
Cadangan penubuhan Jawatankuasa DWI-Partisan bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) mendapat reaksi positif Datuk Seri Hajiji Noor. Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun mahu semua pihak yang bakal terlibat jujur dalam menyelesaikan masalah itu demi kepentingan jangka panjang Sabah.

Oshweek 2022 | Kerjasama semua pihak bagi kurangkan kemalangan tempat kerja
Sembilan kes maut, 14 kes hilang upaya kekal, 155 kes tidak hilang upaya kekal dan 266 kes penyakit serta keracunan pekerjaan dicatatkan di Sarawak setakat 30 Jun 2022. Bagi memastikan angka ini dapat dikurangkan, Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Sarawak Dr Nor Halim Hasan berharap kerjasama berterusan daripada semua pihak bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja.

Tak sabar mendarat, penumpang nekad buka pintu pesawat dan berjalan atas sayap
Dia bertindak nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap kapal terbang itu untuk segera turun.

Mike Tyson belasah 'peminat' dalam pesawat selepas diganggu
Rakaman video menunjukkan bekas petinju profesional itu dilihat menurunkan tempat duduknya lalu menumbuk lelaki itu bertubi-tubi.

Mengenang 6 tahun misteri kehilangan pesawat MH370
Usaha mega digerakkan bagi mencari pesawat berkenaan, tetapi malangnya sehingga kini ia kekal misteri.

Serpihan dari pesawat menimpa kawasan perumahan
Rakaman menunjukkan penduduk tempatan menemukan serpihan pesawat tersebut yang turut menyebabkan kerosakan pada cermin kereta di kawasan Fiumicino.

MH370: Pak Selamat harap ada cahaya di hujung terowong
Esok genap dua tahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, namun bagi Selamat Omar, bapa seorang daripada penumpang pesawat malang itu, masih menaruh harapan anaknya itu akan ditemui.

Ketua Pegawai Operasi MAHB puas hati dengan operasi di Terminal 1 KKIA
Tiada masalah atau kejadian tidak diingini dialami pada pemeriksaan keselamatan, kaunter daftar masuk, pintu berlepas atau balai ketibaan.