Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, adalah ‘tidak sesuai’ untuk bertanya siapa yang lebih dahsyat antara Israel dan Hitler, dalam kenyataan yang mungkin menambahkan ketegangan dengan ‘negara’ Yahudi itu.
Komen daripada Erdogan itu hadir kurang seminggu selepas Turki melantik penasihat dasar luar perdana menteri menjadi duta ke Israel, bagi menjalin hubungan diplomatik setelah enam tahun goyah, lapor AFP.
“Saya tidak bersetuju dengan tindakan Hitler dan saya juga tidak setuju dengan apa yang Israel telah lakukan. Apabila ia mengenai persoalan jutaan nyawa yang terkorban, tidak sesuai untuk bertanya siapa yang lebih dahsyat,” kata Erdogan dalam sebuah wawancara dengan televisyen Israel pada Isnin.
Hubungan antara kedua-dua negara menjadi rapuh selepas komando Israel menyerang sebuah kapal yang menuju ke Gaza pada 2010 yang telah mengorbankan 10 warga Turki, seterusnya membuatlkan Ankara menghantar pulang duta Israel serta membekukan semua kerjasama pertahanan.
Begitupun, kedua-dua pihak cuba mengembalikan hubungan ke situasi asal dan berunding tentang projek pembinaan paip bagi menyalurkan gas Israel ke Turki dan Eropah.
Namun, ketegangan masih wujud apabila Erdogan meletakkan dirinya sebagai pejuang hak Palestin dan sering mengadakan pertemuan dengan ketua hamas, Khaled Meshaal.
Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah masih melihat Hamas sebagai organisasi pengganas.
Ini bukan kali pertama Erdogan merujuk kepada pemimpin Nazi itu apabila bercakap tentang Israel.
Selepas insiden serangan pada 2010, beliau mendakwa Israel ‘menghidupkan semangat Hitler’.
Ketika Perang Gaza pada 2014 yang menyaksikan 2,251 warga Palestin maut, Erdogan berkata Israel ‘tidak rasa bersalah, tidak bermaruah, tidak memiliki kemuliaan. Mereka mengeji Hitler siang dan malam, tapi tindakan mereka mengatasi kekejaman Hitler’.
Erdogan juga menuduh Israel melakukan pembantaian terhadap rakyat Palestin.
Dalam kenyataan kepada televisyen Israel, Erdogan memberitahu beliau sedar sensitiviti untuk bercakap tentang Hitler yang telah membunuh kira-kira enam juta orang Yahudi.
Namun, beliau juga berkata, agak ‘mustahil untuk melupakan, ratusan malah ribuan nyawa yang melayang apabila Gaza diserang’.
Agensi
Tue Nov 22 2016
ERDOGAN: Saya tidak bersetuju dengan tindakan Hitler dan saya juga tidak setuju dengan apa yang Israel telah lakukan.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun
Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke zoo Berlin, Jerman.
Sayang Gaza, selamatkan Palestin - tabik Hitler bukan cara
BDS (Boycott, Divest, Sanction) Malaysia kutuk tindakan menunjuk gaya tabik Hitler (Hitler Salute) di pentas konvokesyen UMS oleh seorang graduan.
Pengikut fahaman neo-Nazi tembak ibu bapa teman wanita pada hari Krismas
Remaja 17 tahun itu dituduh bunuh ibu bapa teman wanitanya selepas mereka mengetahui minatnya terhadap fahaman neo-Nazi.
'Tak sesuai untuk bertanya siapa lebih dahsyat, Hitler atau Israel' - Erdogan
Dalam konteks hubungan Israel dan Turki, Erdogan dilihat berhati-hati tentang isu sensitif walaupun beliau masih memainkan peranan sebagai antara pejuang Palestin.
Kuasa kepetahan dalam politik
Kehebatan Soekarno adalah apabila dia mampu meniup semangat nasionalisme bangsa Indonesia di ambang Perang Dunia Kedua
Fenomena cuaca panas popularkan aiskrim 'Hitler' di India
Cuaca bahang di India menyebabkan kemunculan fenomena makan aiskrim 'Hitler' yang semakin mendapat tempat di kalangan warga India.
Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler
Perdana Menteri Turki itu meningkatkan kecamannya ketika korban serangan rejim Zionis ke atas Gaza mengorbankan lebih 300 orang.
Bung minta maaf tetapi kata 'no way' untuk letak jawatan
Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini meminta maaf berhubung kenyataan "Hidup Hitler" yang dibuat oleh beliau selepas kemenangan Jerman di dalam separuh akhir Piala Dunia 2014.