awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takut diceraikan, ibu sanggup merelakan anak kandung dicabul suami

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2020
03:47 MYT
Takut diceraikan, ibu sanggup merelakan anak kandung dicabul suami
Kejadian terkutuk itu berlaku setiap kali remaja itu meminta wang daripada bapanya.
Gara-gara takut diceraikan suami, seorang wanita tergamak membiarkan anak kandungnya dicabuli lelaki itu.
Menyedihkan, kejadian itu berlarutan selama enam tahun, sejak anak perempuan mereka berusia 10 tahun.
Tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu mendedahkan perkara itu kepada ibu saudaranya sebelum bertindak membuat laporan di Balai Polis Padang, baru-baru ini.
Portal tempatan Kompas yang memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Padang, Komisioner Rico Fernanda sebagai berkata, bertindak atas laporan itu, polis menahan bapa kandung mangsa, kira-kira pukul 11.30 malam, Jumaat lalu.
Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian terkutuk itu berlaku setiap kali remaja itu meminta wang daripada bapanya.
"Kejadian ini berlarutan sejak mangsa berusia 10 tahun. Setiap kali, mangsa meminta wang, perkara itu seoalah-olah datang dengan syarat dengan menyerahkan diri," katanya di sini pada Sabtu.
Rico memberitahu, kejadian itu diketahui ibu mangsa namun mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana khuatir diceraikan suaminya.
Katanya, siasatan kes terhadap suspek akan dijalankan di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Topic Berkaitan
#Akta Perlindungan Kanak-kanak
#Bapa kandung
#cabul
#Joko Widodo
#Kompas
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan