awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takut dijangkiti COVID-19, lelaki kurung isteri dan dua anak hampir seminggu

Bernama
Bernama
14/08/2021
20:29 MYT
Takut dijangkiti COVID-19, lelaki kurung isteri dan dua anak hampir seminggu
Seorang lelaki warga Malaysia mengurung isteri warga Thai dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu di Hatyai. -Gambar hiasan
SONGKHLA: Oleh kerana fobia dengan jangkitan COVID-19 yang melonjak di Thailand, seorang lelaki warga Malaysia bertindak mengurung isteri warga Thai dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu di Hatyai, Songkhla, Selatan Thailand.
Ketua Polis Hatyai Pol. Kol. Akrawut Taneerat berkata lelaki yang berusia 43 tahun dari Kuala Lumpur berada di Hatyai bersama isteri dan dua anak lelaki mereka yang berusia lima dan tujuh tahun sejak penularan pandemik COVID-19 pada Mac tahun lepas.
Beliau berkata isteri lelaki itu telah membuat laporan polis bahawa suaminya telah mengurung beliau dan dua orang anak mereka selama hampir seminggu dalam rumah kedai dua tingkat yang dihuni mereka .
"Lelaki itu tidak membenarkan isteri dan kedua-dua anaknya keluar rumah dan mula mengunci semua pintu supaya mereka tidak dijangkiti COVID-19.
"Isterinya risau perkara yang tidak diingin berlaku, maka beliau membuat laporan polis hari ini dan berharap polis boleh membantu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Akrawut berkata lelaki itu dipercayai mengalami ganguan mental telah dipujuk agar mendapatkan rawatan di hospital.
Thailand melaporkan 22,086 kes baharu COVID-19 dan 217 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Setakat ini negara ini mencatatkan keseluruhan kes sebanyak 885,275 dengan 7,343 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hatyai
#kurung isteri
#kurung anak
#fobia
#trauma
#masalah mental
#warga Malaysia
#pandemik
#Thailand
#seminggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan