KABUL: Selepas enam bulan mengambil alih tampuk pentadbiran di Afghanistan, Taliban dan kumpulan bantuan memohon dunia untuk tidak melupakan bencana kemanusiaan yang berterusan di negara dikelilingi daratan itu.
Berikutan pengunduran Amerika Syarikat (AS) dan kejatuhan kerajaan Afghanistan yang disokong AS pada Ogos tahun lalu, masyarakat antarabangsa enggan mengiktiraf kerajaan Taliban selain membekukan dana yang dijanjikan untuk pembinaan semula. Ia telah memburukkan lagi keadaan sedia meruncing, menyebabkan jutaan rakyat Afghanistan di ambang kebuluran.
Jurucakap Kementerian Luar Afghanistan Abdul Qahar Balkhi ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, memberitahu media Malaysia, dunia tidak boleh mengabaikan negara ini atau beranggapan masalah itu akan berakhir.
Beliau berada di lapangan terbang untuk menyambut penerbangan khas dari Malaysia, yang membawa hampir lima tan metrik bantuan untuk rakyat Afghanistan, termasuk pakaian musim sejuk, makanan bayi, selimut, susu tepung dan keperluan lain.
Abdul Qahar turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan kumpulan bantuan Malaysia atas sumbangan yang diberikan.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa punya "tanggungjawab moral" untuk memastikan rakyat Afghanistan tidak diabaikan dengan membenarkan kerajaan yang dibentuk berfungsi dan mewakili negara mereka di peringkat antarabangsa.
"Saya perlu tekankan bahawa bencana kemanusiaan di Afghanistan akibat perbuatan manusia. Ia bukanlah semula jadi. Ia kesan daripada sekatan dikenakan ke atas kita. Ia akibat pengasingan yang dikenakan kepada kami," katanya.
"Pertubuhan kemanusiaan dunia dan negara-negara di dunia, OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) jelas menyatakan bahawa keadaan di Afghanistan tidak boleh bertambah baik melalui bantuan kemanusiaan (sahaja)," tambahnya.
Turut sama dalam misi itu pegawai dari Wisma Putra, Global Peace Mission (GPM) dan Buddha's Light International Association.
Hadir menyambut mereka ialah Pengerusi Misi GPM Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, Timbalan Menteri Pengurusan Bencana Afghanistan Malvi Sharfuddin dan Pengarah I Kementerian Luar Afghanistan Mufti Muhammad Akbar Azimi.
Bantuan itu akan disalurkan melalui pejabat GPM, yang dibuka semalam, kepada NGO tempatan termasuk Pertubuhan Kebajikan dan Khidmat Sosial Ehsas, Persatuan Bantuan Kemanusiaan dan Persatuan Kebajikan Afghanistan.
Timbalan Setiausaha Agung Buddha Asia Tenggara JueCheng memberitahu Bernama beliau berharap masyarakat antarabangsa akan terus membantu rakyat negara itu.
"Jangan lupakan Afghanistan.Jangan lupakan insan di dunia yang sedang dihimpit penderitaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Bantuan dari Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai membawa hampir lima tan metrik bantuan untuk rakyat Afghanistan, 23 Feb 2022. --fotoBERNAMA

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi: Taliban rayu PBB salur bantuan
Paktika di tenggara Afghanistan merupakan wilayah paling teruk terjejas dengan usaha menyelamat terhalang akibat hujan lebat dan hujan batu.

Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan cecah 1,000
Angka kematian akibat gempa bumi di Afghanistan pada Rabu mencecah 1,000 dengan lebih 1,500 orang lagi dilaporkan cedera.

Pengacara televisyen wanita di Afghanistan akhirnya patuh perintah kod pakaian Taliban
Pengarah TOLOnews Khpolwak Sapai berkata, syarikat penyiaran itu dipaksa supaya memastikan setiap pekerjanya menurut perintah.

Afghanistan berdepan defisit bajet AS$501 juta
Kerajaan meramalkan perbelanjaan sebanyak 231.4 bilion afghani dan hasil domestik sebanyak 186.7 bilion.

Taliban haramkan penanaman popi di Afghanistan
Taliban mengarahkan larangan penanaman popi di seluruh Afghanistan, memberi amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap petani yang menanam tanaman itu.

Bantulah kami, kami juga nak sambung belajar di universiti - Pemuda Afghanistan
Anak muda di Afghanistan masih berdepan kesukaran mendapat akses kepada pendidikan kerana masalah kemiskinan.

'Kami mahu kestabilan ekonomi demi kelangsungan hidup' - Warga Kabul
Kerajaan pimpinan Taliban di Afghanistan nyata diterima baik oleh warganya yang kerap kali menyifatkan keadaan mereka lebih selamat berbanding pemerintahan sebelum ini.

Malaysia miliki kepakaran pelbagai sektor, mampu bantu bangunkan Afghanistan
Malaysia memiliki banyak kepakaran dalam pelbagai sektor yang dilihat mampu membantu membangunkan semula negara Afghanistan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.