NASHVILLE: Wanita bernama Tami Manis yang memiliki potongan rambut mullet sepanjang 5 kaki 8 inci (hampir 173 sentimeter) diiktiraf sebagai individu memiliki rambut terpanjang dengan gaya itu.

Memetik CNN, menurut Rekod Dunia Guinness (GWR), kali terakhir Manis memotong rambut di bahagian belakang pada 9 Febuari 1990. 

"Ramai orang hanya perasan apabila saya menoleh, jadi kebanyakan masa mereka seperti tidak sedar betapa panjangnya rambut saya sehingga mereka melihat bahagian belakang," kata Manis dalam video yang disiarkan oleh GWR.

Menurut Manis, dia mendapat inspirasi memiliki gaya rambut Mullet selepas menonton muzik video Til Tuesday, Voices Carry.

"Gadis itu mempunyai rambut berekor tikus dan saya benar-benar mahukan sepertinya,” katanya.

Selepas pertama kali memotong mulletnya pada November 1989, Manis yang menetap di Tennessee itu menyesal namun sejak itu dia memutuskan untuk tidak lagi memotong rambutnya.

“Sahabat saya akan bantu mendandan rambut ala braid Manis seminggu sekali dan gaya mullet akan kekal begitu sehingga dicuci semula dan mengeringkan dengan tuala kertas kerana jika tidak, ia akan kekal basah sepanjang masa," katanya.

Tambah Manis, keunikan memiliki gaya rambut unik ini membolehkan orang ramai masih mengenali dirinya sejak 20 tahun yang lalu malah masih menjadi topik perbualan di kalangan rakan-rakan dan keluarganya.

Tahun lalu, Manis menduduki tempat kedua dalam divisyen "Femullet" Kejohanan Mullet Amerika 2022 dan memenangi hadiah $300 (RM1,407), pengalaman yang mendorongnya untuk menyertai Rekod Dunia Guinness.