awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh di Jawa Tengah ragut dua nyawa, 21 masih hilang

Bernama
Bernama
14/11/2025
04:30 MYT
Tanah runtuh di Jawa Tengah ragut dua nyawa, 21 masih hilang
hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh yang melanda kediaman di tiga kampung iaitu Cibeunying, Cibaduyut dan Tarakan. - Gambar/ Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Cilacap
JAKARTA: Dua orang maut manakala 21 lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda daerah Majenang di wilayah Cilacap, Jawa Tengah pada 8 malam Khamis waktu tempatan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.

Ringkasan AI
  • Dua orang maut dan 21 masih hilang selepas tanah runtuh di daerah Majenang, Jawa Tengah, Indonesia.
  • Kejadian disebabkan hujan lebat, melanda tiga kampung dengan 23 mangsa dikeluarkan.
  • Kerugian melibatkan 12 rumah rosak, 16 dalam keadaan berisiko; operasi menyelamat sukar disebabkan tanah masih tidak stabil.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari, berkata hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh yang melanda kediaman di tiga kampung iaitu Cibeunying, Cibaduyut dan Tarakan.
"Pasukan penyelamat mengeluarkan 23 mangsa, dengan tiga daripadanya mengalami cedera ringan setakat 3 pagi Jumaat.
"Kerugian turut membabitkan 12 rumah yang rosak, manakala 16 lagi berada dalam keadaan berisiko," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata keadaan tanah yang masih tidak stabil menyukarkan operasi, namun Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Cilacap bersama pasukan mencari dan menyelamat terus menjalankan usaha menyelamat dengan bantuan jentera berat bagi mempercepatkan pemindahan.
Agensi berkenaan turut mengingatkan penduduk serta anggota penyelamat agar berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya runtuhan susulan, ekoran ramalan hujan di Majenang dari Jumaat hingga Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Jawa Tengah
#jumlah kematian
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan