awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Guatemala: Angka korban meningkat kepada 56 orang

Agensi
Agensi
04/10/2015
01:26 MYT
Tanah runtuh Guatemala: Angka korban meningkat kepada 56 orang
Operasi mencari dan menyelamat giat diteruskan bagi mencari mangsa yang masih terperangkap. - Foto AP
Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di pinggir bandar Guatemala City meningkat kepada 56 orang sementara 350 lagi dipercayai masih hilang.
Pasukan penyelamat memaklumkan bahawa kebanyakan mangsa dipercayai dari kawasan kejiranan Santa Catarina Pinula selepas 125 buah rumah ranap ditimbus tanah runtuh itu.
Pihak bomba memberitahu, perkampungan itu tertimbus pada kedalaman 10 hingga 15 meter.
Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat giat diteruskan bagi mencari mangsa yang masih terperangkap.
Semalam, sekurang-kurangnya 30 dilaporkan terbunuh manakala hampir 600 lagi hilang susulan kejadian tersebut.
Menurut pihak berkuasa negara itu, setakat ini hanya 29 identiti mangsa telah dikenal pasti.
Antara mangsa yang terbunuh termasuk tiga kanak-kanak.
Pihak berkuasa Guatemala menganggarkan sekurang-kurangnya 125 rumah musnah akibat bencana itu.
Tanah runtuh itu berlaku susulan hujan lebat lewat Khamis di pekan Santa Catarina Pinula dan perkampungan kecil El Cambray iaitu 15 kilometer timur bandar Guatemala.
Guatemala kini berhadapan musim hujan yang berpanjangan antara Mei hingga November.
Sebelum ini, 29 kematian dilaporkan dengan 9,000 kediaman musnah ketika musim hujan berpanjangan.
Topic Berkaitan
#Guatemala
#Guatemala City
#Santa Catarina Pinula
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan