awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak kaki dinosaur 100 juta tahun dijumpai di timur China

Agensi
Agensi
09/10/2019
02:41 MYT
Tapak kaki dinosaur 100 juta tahun dijumpai di timur China
Tapak kaki berukuran 22.7cm hingga 82cm yang dipercayai berusia 100 juta tahun itu ditemukan di sebuah kampung di bandar Lanxi. -Foto Twitter@pmnewsnigeria
Mungkin tidak masuk akal, namun inilah kenyataannya.
Ahli paleontologi mengumumkan penemuan lebih 20 tapak kaki dinosaur di wilayah Zhejiang timur China, pada Selasa.
Tapak kaki berukuran 22.7cm hingga 82cm yang dipercayai berusia 100 juta tahun itu ditemukan di sebuah kampung di bandar Lanxi.
Menurut seorang profesor di Universiti Geosains China, Beijing, pakar menganggarkan panjang badan haiwan purba dipercayai daripada spesies Sauropod dari zaman kreataseus itu adalah di antara 3.8 dan 14 meter.
Penemuan tapak kaki haiwan purba itu menunjukkan dinosaur hidup aktif di kawasan itu dipercayai kerana ia kaya dengan sumber makanan.
Pakar paleontologi kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk melindungi penemuan tapak kaki dinosaur ini.
Topic Berkaitan
#dinosaur
#haiwan purba
#kreataseus
#Sauropod
#tapak kaki
#Universiti Geosains China
#Zhejiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan