awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak Peringatan Kemboja disenarai Warisan Dunia UNESCO

Bernama
Bernama
12/07/2025
10:31 MYT
Tapak Peringatan Kemboja disenarai Warisan Dunia UNESCO
Tapak Peringatan Kemboja itu merupakan warisan arkeologi moden bukan klasik pertama negara yang menerima pengiktirafan Warisan Dunia. - Foto Unesco.org
PHNOM PENH: Tapak Peringatan Kemboja kini secara rasmi disenaraikan sebagai Warisan Dunia UNESCO, menjadikan jumlah warisan ketara negara yang diiktiraf meningkat kepada lima, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja, keputusan itu dibuat pada Jumaat semasa Sesi Ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia yang berlangsung di Paris, Perancis.
"Ia menjadi satu lagi detik kebanggaan bagi Kemboja, susulan penyenaraian tapak ikonik dan bersejarah seperti kompleks kuil purba Angkor (1992), Kuil Preah Vihear (2008), Tapak Arkeologi Sambor Prei Kuk (2017), dan Tapak Arkeologi Koh Ker (2023)," menurut kenyataan itu.
Tapak Peringatan Kemboja itu merupakan warisan arkeologi moden bukan klasik pertama negara yang menerima pengiktirafan Warisan Dunia.
Tapak yang disenaraikan merangkumi bekas penjara M-13 yang terletak antara wilayah Kampong Chhnang dan Kampong Speu, Muzium Genosid Tuol Sleng dan Pusat Genosid Choeung Ek -- kedua-duanya terletak di ibu negara Phnom Penh.
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet berkata pengiktirafan terhadap "Tapak Peringatan Kemboja" bukan sahaja satu penghormatan kepada lokasi fizikal, malah mengiktiraf sejarah silam negara yang menyayat hati.
"Tapak-tapak ini memberi contoh kepada dunia bagaimana sesebuah negara boleh bangkit daripada tragedi -- bukan dengan melupakan, tetapi dengan mengingati, lalu mengubah kenangan itu menjadi kekuatan untuk keamanan," katanya dalam ucapan selepas pengumuman itu dibuat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tapak peringatan kemboja
#Warisan Dunia
#Unesco
#warisan arkeologi moden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan