awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif AS: Laos sifatkan penangguhan 90 hari terlalu pendek

Bernama
Bernama
10/04/2025
10:33 MYT
Tarif AS: Laos sifatkan penangguhan 90 hari terlalu pendek
Rundingan berkenaan tarif AS dijangka mengambil masa lebih dari 90 hari dan kemungkinan besar menjadi sukar serta mencabar bagi banyak negara. - AP
KUALA LUMPUR: Laos yang ingin mengadakan perbincangan dengan ASEAN mengenai tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) menyifatkan penangguhan selama 90 hari adalah terlalu pendek untuk negara itu terlibat dan berunding dalam isu berkenaan.
Timbalan Menteri Kewangan Laos, Soulivath Souvannachoumkham berkata rundingan itu dijangka mengambil masa lebih dari 90 hari dan kemungkinan besar menjadi sukar serta mencabar bagi banyak negara, terutamanya negara-negara kecil ekonominya seperti Laos, yang kuasa tawar-menawarnya tidak begitu kuat atau berpengaruh.
"Dari perspektif saya, tempoh ini terlalu singkat, dan saya percaya ia (rundingan) akan mengambil masa lebih lama," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) (2025-2028) di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 dan mesyuarat berkaitan di sini hari ini.
Walaupun begitu, Soulivath yang turut mengetuai delegasi Laos ke AFMGM berkata negaranya sedang merebut peluang yang diberikan oleh Washington untuk mengadakan perbincangan dengan negara-negara anggota ASEAN dan negara lain yang terjejas akibat perang perdagangan global.
"Ini adalah isu baharu dan sangat penting untuk ASEAN dan negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk negara kami. Ia merupakan salah satu kesan yang akan kami alami dalam beberapa bulan akan datang.
"Kami kini sedang bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan dengan negara-negara ASEAN secara dua hala, serta meneroka bagaimana kami boleh berunding dengan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan isu ini," katanya.
Beliau berkata melalui perbincangan dengan AS, Laos juga sedang mencari kaedah untuk menambah baik perdagangan dan pelaburan demi manfaat kedua-dua negara.
Semalam, Washington mengumumkan penangguhan sementara selama 90 hari bagi tarif timbal balik melibatkan lebih 75 rakan dagangan negara itu termasuk Laos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laos
#ASEAN
#tarif AS
#Amerika Syarikat
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan