awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: Pertemuan China-AS capai kemajuan ketara - He Lifeng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/05/2025
23:30 MYT
Tarif Trump: Pertemuan China-AS capai kemajuan ketara - He Lifeng
Kenderaan yang membawa Bessent dilihat meninggalkan sebuah bangunan di mana perbincangan perdagangan antara China dan AS diadakan di Geneva. - Foto REUTERS
CHINA dan Amerika Syarikat (AS) telah mencapai “kemajuan yang ketara” dalam rundingan perdagangan terbaharu yang berlangsung hujung minggu lalu di Geneva, Switzerland, menurut Naib Perdana Menteri China, He Lifeng.
Bercakap kepada media selepas rundingan dua hari itu yang berakhir pada Ahad, Lifeng menyifatkan perbincangan tersebut sebagai “terbuka, mendalam dan membina”, sambil menambah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai “kata sepakat penting” mengenai isu-isu ekonomi utama.
Pertemuan ini merupakan interaksi secara bersemuka yang pertama antara pegawai ekonomi kanan kedua-dua negara sejak Presiden AS, Donald Trump, melaksanakan beberapa tarif perdagangan besar terhadap import dari China awal tahun ini.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer yang mengetuai delegasi AS, mengesahkan bahawa satu perjanjian telah dicapai bagi mengurangkan defisit perdagangan AS dengan China.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perjanjian itu belum didedahkan.
Rundingan tersebut diadakan di kediaman Wakil Tetap Switzerland ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di pinggir tasik Cologny, Geneva.
Lokasi itu dipilih kerana kedudukannya yang berkecuali, hasil usaha diplomatik oleh pegawai Switzerland yang telah mengadakan lawatan ke Beijing dan Washington baru-baru ini.
Pentadbiran Trump sebelum ini mengenakan tarif sebanyak 20 peratus ke atas barangan China pada Februari, diikuti dengan tarif “balas” sebanyak 34 peratus pada April.
Pusingan tarif seterusnya meningkatkan kadar tersebut ke tahap tiga angka, menyebabkan hampir AS$600 bilion perdagangan dua hala terhenti.
Hasil rundingan di Geneva dijangka membuka laluan kepada dialog lanjut bagi menstabilkan hubungan ekonomi antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu.
Topic Berkaitan
#tarif
#rundingan perdagangan
#kemajuan
#kata sepakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami