awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh pilihan raya Turkiye dipercepat ke 14 Mei

Faida Rahim
Faida Rahim
23/01/2023
09:26 MYT
Tarikh pilihan raya Turkiye dipercepat ke 14 Mei
Erdogan akan menggunakan kuasanya untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Mei depan. - AP Newsroom
ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan bahawa pilihan raya di negara itu akan diadakan pada 14 Mei 2023 atau sebulan lebih awal daripada tarikh dijadualkan.
Memetik Reuters, berita ini disahkan oleh Erdogan dalam sebuah rakaman video yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Turkiye, kelmarin.
“Ini bukan pilihan raya awal, tetapi kami membawa tarikh itu lebih awal,” kata Erdogan dalam rakaman video pertemuannya dengan beberapa golongan belia di Bursa hujung minggu lalu.
Tambah Erdogan, beliau akan menggunakan kuasanya untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Mei depan.
"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kami akan berjalan seiring bersama anda, pengundi muda pertama kami dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 14 Mei," kata Erdogan kepada kumpulan belia itu.
Terdahulu, tarikh asal pilihan raya parlimen dan pemilihan presiden Turkiye akan diadakan pada 18 Jun. Dalam pada itu, pilhan raya kali ini akan menjadi episod paling mencabar bagi Erdogan sebagai pemerintah yang telah berkuasa selama dua dekad untuk membentuk politik negara sekular yang majoritinya beragama Islam.
Tarikh pilihan raya yang dibawa ke 14 Mei ini turut disokong Perikatan Pembangkang, yang masih membahaskan pilihan calon untuk bertanding menentang penyandang berusia 68 tahun itu.
Sementara itu, memetik laporan AFP, sumber dalaman parti pembangkang memaklumkan calon presiden gabungan mereka akan diumumkan pada Februari ini.
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#pilihan raya
#Turki
#Pilihan Raya Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan