Skip to main content

Malaysia

Anwar luang masa tinjau operasi HKL, santuni pesakit

Sumber: Anwar Ibrahim
Anwar menyantuni pesakit dan orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di HKL hari ini. - Foto Facebook Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta menyantuni pesakit dan orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan serta dipermudah segala urusan mereka.

“Ambil kesempatan tinjau operasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan.

“Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan,” kata beliau.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas kesihatan HKL atas komitmen serta pengorbanan mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar, belas ihsan dan pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement