Skip to main content

Dunia

Taufan Dujuan hampiri pantai timur Jepun, hujan lebat dijangka

The area around a ramen restaurant is flooded by heavy rain as Typhoon Dujuan approaches, in Oamishirasato, Chiba Prefecture, Japan, September 21, 2026 in this photo taken by Kyodo. Kyodo/via REUTERS
Taufan Dujuan dijangka melintasi berhampiran Semenanjung Boso di Wilayah Chiba, timur Tokyo, dari petang hingga lewat Isnin. - Foto Reuters
Advertisement

TOKYO: Agensi cuaca mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan tanah runtuh susulan taufan menghampiri pantai Pasifik timur Jepun, lapor Kyodo News.

Taufan Dujuan dijangka melintasi berhampiran Semenanjung Boso di Wilayah Chiba, timur Tokyo, dari petang hingga lewat Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Perkhidmatan kereta api laju di Laluan Tokaido Shinkansen, yang menghubungkan Tokyo dan Osaka, mungkin mengalami kelewatan dan pembatalan pada sebelah petang, kata JR Central.

Menurut agensi itu, hujan lebat yang berpunca daripada jalur hujan linear boleh berlaku di wilayah Kanto-Koshin di timur serta wilayah Tokai di tengah Jepun.

Taufan ke-25 tahun ini telah mengganggu pengangkutan, memaksa penutupan sebahagian lebuh raya ketika musim cuti lima hari.

Taufan yang terletak kira-kira 110 kilometer (km) barat-barat daya Pulau Hachijo itu bergerak ke timur laut pada kelajuan 20 km sejam setakat 10 pagi.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video

Advertisement