awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Eunice: Ulasan bersemangat pendaratan pesawat di Heathrow ini cetus fenomena

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2022
10:35 MYT
Taufan Eunice: Ulasan bersemangat pendaratan pesawat di Heathrow ini cetus fenomena
Strim YouTube secara langsung pesawat yang cuba mendarat di Heathrow semasa taufan Eunice yang membadai beberapa negara di Eropah sejak Jumaat menjadi suatu fenomena di laman sosial.
PENSTRIMAN di saluran YouTube secara langsung pesawat yang cuba mendarat di Heathrow, London, semasa taufan Eunice yang membadai beberapa negara di Eropah sejak Jumaat menjadi suatu fenomena di laman sosial.
Ia gara-gara tindakan Jerry Dyer yang telah menyiarkan siaran percubaan pesawat untuk mendarat di lapangan terbang London itu dengan kelajuan sehingga 113km sejam (70mph) melalui saluran Big Jet TV miliknya.
Ulasannya yang bersahaja dan penuh bersemangat mengenai cara pendaratan pesawat itu menjadikan video itu 'hit' dalam kalangan warganet.
Malah, ketika kebanyakan warganet cemas melihat pendaratan pesawat semasa ribut, ulasan Dyer menenangkan penonton.
Dyer sempat menjerit "go on son", "nicely done" dan "fair play mate" apabila juruterbang itu berjaya mendaratkan pesawat.
Video itu berjaya memperoleh lebih 200,000 tontonan secara langsung.
Sementara itu, bercakap kepada BBC Radio 2, Dyer berkata, video itu merupakan rakaman terbaiknya.
Dia turut mengucapkan tahniah kepada juruterbang dan kru pesawat di sebalik pendaratan pesawat yang dilakukan ketika taufan.
Dyer dilaporkan meminati apa sahaja mengenai pesawat sejak kecil lagi.
Kariernya sebagai pengulas di YouTube bermula apabila dia terlibat dengan penstriman langsung pendaratan pesawat dinaiki penyanyi Iron Maiden, Bruce Dickinson pada tahun 2015.
Ulasannya yang penuh dengan semangat itu menyebabkan ramai memberi respons positif dan dia mula dikenali selepas itu.
Topic Berkaitan
#Jerry Dyer
#YouTube
#pesawat
#mendarat
#mendarat cemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan