awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Garance ragut empat nyawa di pulau Perancis

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2025
00:15 MYT
Taufan Garance ragut empat nyawa di pulau Perancis
Ribuan pokok tumbang akibat angin kencang berkelajuan hingga 230 kilometer sejam yang melanda pulau itu. - Foto REUTERS
SAINT-DENIS: Pihak berkuasa Perancis mengesahkan sekurang-kurangnya empat maut akibat Taufan Garance yang melanda pulau La Reunion di Lautan Hindi pada Sabtu.
Mayat seorang lelaki ditemukan terperangkap di bawah satu daripada ribuan pokok yang tumbang akibat angin kencang berkelajuan hingga 230 kilometer sejam melanda pulau itu.
Menurut pihak berkuasa yang mengemas kini jumlah korban, dua wanita dan seorang lagi lelaki turut terkorban akibat banjir kilat, terperangkap runtuhan lumpur serta kejutan elektrik yang dicetuskan oleh ribut.
Pihak berkuasa berkata, lebih 180,000 orang terputus bekalan elektrik dan lebih 170,000 lagi terjejas bekalan air.
Lapangan terbang antarabangsa di pulau itu dijadual dibuka semula pada Ahad.
Pulau pelancongan berhampiran, Mauritius, menutup lapangan terbang utamanya pada Rabu, manakala Reunion menghentikan penerbangan pada Khamis.
Kira-kira 200 anggota bomba dan pekerja bantuan awam dikerahkan ke Mayotte, selain pasukan tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Wakil kerajaan pusat di pulau itu, Patrice Latron berkata, kerja-kerja menyelamat agak sukar memandangkan banyak jalan terhalang oleh pokok tumbang.
Disebabkan Garance, jalan raya ditenggelami air, terputus hubungan dan ada yang hanyut, selain beberapa jambatan juga runtuh.
Latron berkata, Garance lebih ganas berbanding Taufan Belal yang meragut empat nyawa di Reunion pada Januari tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Taufan Garance
#La Reunion
#Lautan Hindi
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan