Sekurang-kurangnya dua mangsa terkorban manakala tiga yang lain dilaporkan hilang susulan Taufan Hagibis mula membadai Jepun pada Sabtu.
Menurut media antarabangsa, seorang yang maut dijumpai di dalam kenderaan yang dipercayai terbalik akibat angin kencang di Tokyo.
Manakala seorang lagi dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila tanah runtuh di bandar Tomioka.
Setakat ini, 70 orang dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital.
Untuk rekod, Taufan Hagibis yang membawa hujan lebat dan angin kencang membadai kawasan Tokyo, Shizuoka dan bahagian utara Jepun, Chiba.
Hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan kediaman dan amaran tanah runtuh turut dikeluarkan sekitar Tokyo.
Perkhidmatan pengangkutan utama di Tokyo juga terjejas apabila jadual penerbangan dan perjalanan kereta api dibatalkan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.
Di kawasan perairan pasifik, beberapa bot dilaporkan terbalik akibat angin kencang manakala air sungai mengalir deras.
Dalam perkembangan berkaitan, bahagian timur Tokyo digegarkan dengan satu kejadian gempa bumi berukuran 5.7 magnitud pada jam 6.22 petang Sabtu.
BACA: Gempa bumi sekuat 5.7 magnitud landa timur Tokyo
Agensi meteorologi negara itu mengesahkan, gempa bumi yang melanda Chiba hampir serentak dengan kehadiran Taufan Hagibis yang mendekati perairan Jepun.
Bagaimanapun, setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.
BACA: Tangguh dan batal: Taufan Hagibis jejas penerbangan SIA dan Scoot ke Jepun
BACA: Piala Dunia Ragbi: Dua perlawanan dibatalkan akibat Taufan Hagibis
Agensi
Sat Oct 12 2019
Beberapa orang sedang melalui Stesen Shinagawa di Tokyo, tanpa menduga bahawa bencana dan malang boleh datang pada bila-bila masa. - Reuters
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Gempa bumi sederhana gegar Chiba, Tokyo
Gempa bumi dengan bermagnitud 5.4 menggegarkan wilayah selatan Jepun, Chiba pada Khamis, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Kes selesema burung di Jepun mencecah paras tertinggi
Sehingga Selasa, jumlah wabak selesema burung mencecah 54 di 23 wilayah di Jepun pada musim ini, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 52 wabak pada 2020-2021.
COVID-19: Empat lagi wilayah di Jepun dikenakan darurat
Jumlah kes positif di Tokyo meningkat dua kali ganda sejak minggu lepas, termasuk 3,300 kes pada Jumaat.
COVID-19: Perintah darurat Fasa 4 bermula di Tokyo
Keputusan diumumkan Khamis lalu oleh kerajaan Jepun dalam usaha membendung penularan baharu yang mencatatkan peningkatan kes harian.
Gempa 5.9 magnitud gegar pantai timur Jepun
Gempa yang melanda wilayah Chiba itu berlaku jam 3.24 pagi waktu tempatan pada kedalaman 30 kilometer.
Taufan Hagibis: Dua maut, puluhan yang lain cedera
Sekurang-kurangnya dua mangsa terkorban manakala tiga yang lain dilaporkan hilang susulan Taufan Hagibis.
Wilayah Chiba tawar laluan produk halal Malaysia ke Jepun
Malaysia mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal ke Jepun dan ada cadangan untuk jadikan wilayah Chiba sebagai pintu masuk.
Ibu dan tiga anak terjun bunuh diri di Jepun
Polis Jepun menyiasat kemungkinan seorang ibu terjun membunuh diri bersama tiga anaknya dari sebuah kompleks apartmen.