awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Haikui landa Taiwan, 78 cedera

Bernama
Bernama
04/09/2023
08:09 MYT
Taufan Haikui landa Taiwan, 78 cedera
Sebuah kanopi runtuh di tapak parkir ketika Taufan Haikui melanda Hualien, Taiwan. -Gambar fail/Reuters
TAIPEI: Taufan Haikui telah melanda Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya 226,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan ramai penduduk cedera, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor agensi berita dpa.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC), Haikui melepasi selatan Taiwan dan memasuki Selat Taiwan pada awal Isnin. Ribut yang lemah itu menuju ke bahagian selatan China.
Angin kencang menumbangkan pokok di timur dan selatan Taiwan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Pada Ahad, ribut itu mencatatkan kelajuan angin berterusan maksimum kira-kira 150 kilometer sejam (km/j), dengan tiupan sehingga kira-kira 190 km/j.
Ribut itu juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.
Menteri Dalam Negeri Lin Yu-Chang, yang mengetuai CEOC, pada Isnin menggesa penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga kerana bencana banjir boleh berlaku di beberapa kawasan pergunungan, yang telah menerima hujan lebat sejak empat hari lalu.
Menurut CEOC, sekurang-kurangnya 78 orang cedera dalam kemalangan jalan raya, termasuk penunggang skuter dan pemandu kereta yang dihempap pokok tumbang.
Kira-kira 8,000 penduduk telah dipindahkan dan 1,916 orang ditempatkan di pusat perlindungan awam semasa Haikui melanda, menurut CEOC.
Ekor ribut itu akan terus menjejaskan cuaca tempatan di Taiwan sehingga awal Selasa, iaitu apabila CEOC dijangka menarik balik amaran taufan.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Taufan Haiku
#terputus bekalan elektrik
#dihempap pokok
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan