awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Ida: 435,000 kediaman masih terputus bekalan elektrik

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2021
01:21 MYT
Taufan Ida: 435,000 kediaman masih terputus bekalan elektrik
Kira-kira 435,000 kediaman dan perniagaan di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) masih berdepan masalah bekalan elektrik walaupun Taufan Ida sudah mulai lemah. -Gambar fail
WASHINGTON: Kira-kira 435,000 kediaman dan perniagaan di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) masih berdepan masalah bekalan elektrik walaupun Taufan Ida sudah mulai lemah.
Taufan Ida membadai beberapa negeri di AS sejak sembilan hari lalu.
Gabenor Louisiana, John Bel Edwards, sebelum ini berkata 1.1 juta pelanggan terputus bekalan elektrik akibat taufan tersebut.
Dengan bantuan puluhan ribu pekerja syarikat elektrik di beberapa negeri, penyedia tenaga terbesar negara itu Entergy kembali memulihkan bekalan elektrik.
Hanya 19 peratus daripada keseluruhan jumlah pelanggan di Louisina masih terputus bekalan.
Kesan yang turut dilaporkan termasuk, penutupan sekitar 50 peratus stesen minyak di New Orleans kerana kekurangan bahan bakar.
Pada masa sama, pelbagai pertubuhan sukarelawan turut berusaha untuk membekalkan makanan, air bersih serta bekalan lain yang diperlukan mereka yang terjejas.
Topic Berkaitan
#bekalan elektrik
#Taufan Ida
#Gabenor Louisiana
#John Bel Edwards
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan