Taufan Melissa ragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Caribbean, kerugian cecah AS$52 bilion

Ribut Taufan Melissa melanda Caribbean sebagai taufan kategori lima paling dahsyat dalam sejarah Jamaica, meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Jamaica dan Haiti. -Gambar fail/Reuters
KINGSTON/PORT-AU-PRINCE: Ribut Taufan Melissa yang melanda rantau Caribbean sebagai taufan kategori lima paling dahsyat dalam sejarah Jamaica telah meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Jamaica dan Haiti, dengan angka korban dijangka terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat yang masih diteruskan.
Ringkasan AI
- Ribut Taufan Melissa melanda Caribbean sebagai taufan kategori lima paling dahsyat dalam sejarah Jamaica, meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa di Jamaica dan Haiti.
- Taufan menyebabkan kemusnahan besar termasuk kehilangan bumbung di 90 peratus bangunan di Black River, gangguan bekalan elektrik, dan kerugian ekonomi dianggarkan sehingga AS$52 bilion.
- Usaha mencari dan menyelamat serta bantuan kemanusiaan sedang digiatkan, dengan Perdana Menteri Jamaica menggesa bantuan antarabangsa segera bagi pemulihan infrastruktur dan sokongan kepada mangsa.
Taufan Melissa mula membadai Jamaica pada Selasa lalu dengan kelajuan angin mencecah 185 batu sejam, menjadikannya taufan paling kuat pernah melanda pulau itu sejak 1988.
Di bandar bersejarah Black River, lebih 90 peratus struktur bangunan dilaporkan kehilangan bumbung, manakala bekalan elektrik terputus di lebih 60 peratus kawasan.
Firma ramalan cuaca Amerika Syarikat, AccuWeather, menganggarkan kerugian ekonomi akibat taufan itu mencecah antara AS$48 bilion hingga AS$52 bilion, sambil menambah bahawa banyak kawasan yang sebelum ini terjejas akibat Taufan Beryl tahun lalu kini mengalami kemusnahan berganda.
Perdana Menteri Jamaica, Andrew Holness, menyifatkan situasi itu sebagai “amat menyayat hati” selepas meninjau kawasan paling teruk terjejas di bahagian barat negara tersebut.
Beliau turut menggesa bantuan antarabangsa disegerakan bagi memulihkan infrastruktur asas dan menyokong mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
Di Haiti, pasukan penyelamat berdepan cabaran besar berikutan banjir kilat dan tanah runtuh yang menghalang akses ke kawasan pedalaman.
Agensi bantuan melaporkan kekurangan bekalan makanan dan air bersih, serta peningkatan risiko penyakit bawaan air.
Melissa kini telah bergerak keluar dari Caribbean menuju ke perairan Atlantik, namun kesan kemusnahannya dijangka berpanjangan.
Usaha pemulihan dan bantuan kemanusiaan sedang digiatkan oleh kerajaan tempatan dan pertubuhan antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


