Taufan Tino paksa 80,000 penduduk di Caraga, Filipina dipindahkan

Sebanyak 23,508 keluarga melibatkan 79,720 orang dipindahkan ke tempat pemindahan sementara. - Gambar/ AP
BUTUAN CITY: Taufan Tino memaksa hampir 80,000 penduduk di Wilayah Caraga, Filipina meninggalkan kediaman masing-masing, dengan ribuan daripadanya berlindung di pusat pemindahan sementara pada Isnin malam, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Ringkasan AI
- Lebih 80,000 penduduk di Wilayah Caraga, Filipina terpaksa meninggalkan rumah akibat Taufan Tino, dengan ribuan daripadanya berlindung di pusat pemindahan sementara.
- Laporan Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Wilayah (RDRRMC) menunjukkan 43,662 keluarga atau 159,925 orang di 330 kawasan terjejas oleh ribut tersebut.
- Sebanyak 23,508 keluarga melibatkan 79,720 orang telah dipindahkan ke tempat pemindahan sementara; penilaian sedang dijalankan bagi menentukan kerosakan terhadap infrastruktur dan sektor pertanian.
Penilaian sedang dijalankan bagi menentukan tahap kerosakan terhadap infrastruktur dan sektor pertanian, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


