Ahli politik Indonesia Taufiq Kiemas yang meninggal dunia semalam telah selamat kebumikan Tanah Perkuburan Wira Kalibata, Jakarta Selatan tengah hari tadi.
Upacara persemadian itu dijalankan dengan penuh adat ketenteraan.
Menurut laporan, ratusan termasuk orang-orang kenamaan, ahli perniagaan dan rakyat jelata telah berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir kepada ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) itu.
"Saya, Presiden Republik Indonesia, dan bagi pihak negara, dengan ini mempersembahkan kepada tanah air, jiwa, badan dan khidmata kepada Allahyarham Dr H. Taufiq Kiemas," kata Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melalui laporan Jakarta Globe.
“Semoga khidmatnya (kepada Negara) akan menjadi contoh (kepada yang lain), dan semoga Yang Esa menerima rohnya.”
“Semasa menjalankan tugas sebagai ahli Dewan Rakyat, beliau telah menunjukkan sikap yang konsisten, ketegasan dan kecekalan dalam melaksanakan tugas politik yang dipikulnya,” kata Yudhoyono dalam laporan Jakarta Post.
Isteri Taufiq, bekal presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri turut hadir dan kelihatan duduk di kalangan ahli politik lain.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir sebagai wakil kepada Malaysia.
Dalam sebuah mesej Facebook, Tengku Adnan telah menyampaikan ucap takziah bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno.
“Sememangnya hubungan antara parti dan negara tidak pernah terputus malah keakraban sebagai saudara serumpun amat erat,” kata beliau.
Petang semalam, tokoh politik PDIP itu meninggal dunia pada pukul 7 malam waktu Singapura, pada usia 70 tahun.
Allahyarham sebelum itu dirawat di Singapore General Hospital selepas mengadu tidak sihat sejurus selesai menghadiri majlis peringatan kelahiran Pancasila di Ende, Nusa Tenggara Timur pada 1 Jun lepas.
Turut hadir pada upacara pengkebumian tersebut ialah Menteri Negara Kanan (Hal Ehwal Luar) Singapura, Masagos Zulkifli.
Sementara itu, beberapa pemimpian Pakatan Rakyat juga turur menyampaikan ucapan takziah mereka:
Astro Awani
Sun Jun 09 2013
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.