HAMILTON, KANADA: Markas Pemerintahan Pusat (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memaklumkan bahawa program "Rewards for Justice" menawarkan ganjaran sehingga AS$20 juta bagi maklumat mengenai program nuklear Iran, lapor Anadolu Ajansi.
"'Rewards for Justice' menawarkan ganjaran sehingga AS$20 juta serta kemungkinan penempatan semula bagi individu yang memberikan maklumat mengenai program nuklear Iran," menurut CENTCOM dalam hantaran di platform X.
Menurut CENTCOM, maklumat itu boleh merangkumi kemudahan, peralatan dan individu yang berkaitan dengan program berkenaan, termasuk mereka dalam komuniti saintifik, serta pergerakan mereka.
CENTCOM turut berkongsi pautan ke laman sesawang "Rewards for Justice" yang membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat.
-- BERNAMA-ANADOLU