Skip to main content

Politik

GPS siap siaga hadapi PRN Sarawak - Fadillah

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata persiapan berkenaan membabitkan semua komponen gabungan itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja sepanjang tempoh pilihan raya. - Gambar fail/Bernama
Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata persiapan berkenaan membabitkan semua komponen gabungan itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja sepanjang tempoh pilihan raya. - Gambar fail/Bernama

Ringkasan AI

  • Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuat persiapan awal jentera, logistik dan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13.
  • Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, menyatakan semua komponen gabungan terlibat untuk memastikan kelancaran sepanjang tempoh pilihan raya.
  • Fadillah turut merasmikan Gelanggang Futsal IPK Sarawak bernilai RM800,000 yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan kerjasama dalam komuniti.
Advertisement

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 dengan persiapan jentera, logistik dan gerak kerja pilihan raya disusun lebih awal.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata persiapan berkenaan membabitkan semua komponen gabungan itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja sepanjang tempoh pilihan raya.

“Sebenarnya jentera kita sudah pun bersiap siaga termasuk melibatkan setiap cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Advertisement

"Kita bekerja sepanjang waktu, sejak pilihan raya lepas, kita sudah mula bekerja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Gelanggang Futsal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden PBB itu berkata gerak kerja pilihan raya PBB dan GPS yang dipengerusikan Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membantu komponen GPS lain membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri.

Advertisement

Terdahulu, Fadillah merasmikan kemudahan Gelanggang Futsal Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak melibatkan peruntukan RM800,000.

Beliau berkata kemudahan itu bukan sekadar menyediakan ruang untuk beriadah, malah menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan warga polis serta masyarakat.

“Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab seharian, kita juga perlu memberikan perhatian kepada kesihatan diri, di samping membina hubungan yang lebih erat dalam komuniti,” katanya. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement