BINTANG Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk A. Aida dan Azeva diumumkan sebagai peserta pertama yang berjaya mara ke minggu grand finale.
Mengikuti jejak langkah Azeva dan A. Aida ialah Jamilulhayat dan Hussain; serta Datuk Seri Vida dan Cik B.
Berada di tangga terbawah ialah Safura dan Kim Khairii; Adira dan Anggrek; serta Eira Syazira dan Amarra.
Eira Syazira dan Amarra bagaimanapun akhirnya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie untuk minggu separuh akhir menjadi milik Jamilulhayat & Hussain.
Hasil kemenangan itu memberi mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan juga hamper sumbangan Eskayvie.
Manakala bagi anugerah Manager Paling Perform (MPP) disandang oleh Jamilulhayat dan Hussain buat kali keempat.
Untuk info, antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Datuk Fazley dan Fariedz Fazley.
Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Datuk Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Datuk Ramli MS selaku juri jemputan.
Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.
Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.com