awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMOS terima 3,253 aduan, selesaikan 2,268 pertikaian sejak ditubuhkan
JLKN tambah baik sistem, pastikan isu kesesakan tidak berulang
KPKM teroka peluang pasaran baharu di AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi kecerdasan buatan OpenAI kini boleh digunakan untuk ketenteraan, perang

Amanz
Amanz
15/01/2024
06:40 MYT
Teknologi kecerdasan buatan OpenAI kini boleh digunakan untuk  ketenteraan, perang
Langkah itu bertujuan membenarkan teknologi kecerdasan buatan mereka untuk digunakan bagi tujuan ketenteraan dan juga peperangan. - Gambar/ Amanz
OpenAI, syarikat pelopor teknologi kecerdasan buatan yang terkenal untuk perisian kecerdasan buatan ChatGPT yang dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat teknologi besar yang lain seperti Microsoft baru-baru ini telah mengemas kini terma dan syarat mereka untuk memperluaskan penggunaan teknologi tersebut.
Menurut beberapa laporan, langkah itu bertujuan membenarkan teknologi kecerdasan buatan mereka untuk digunakan bagi tujuan ketenteraan dan juga peperangan.
Sebelum ini, terma OpenAI menyatakan bahawa teknologi mereka tidak boleh digunakan untuk tujuan tersebut, dan untuk membangunkan sebarang jenis senjata ataupun apa-apa perkhidmatan yang boleh digunakan untuk menyebabkan kemudaratan terhadap orang ramai.
Kemas kini terbaharu ini memperlihatkan pembuangan terma larangan kegunaan untuk tujuan ketenteraan dan peperangan, tetapi larangan membina senjata dan perkhidmatan yang memudaratkan orang ramai masih lagi dikekalkan.
Ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan khususnya apabila banyak pihak tentera di beberapa negara sudahpun mula memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan untuk membangunkan teknologi pengawasan.
OpenAI telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini, dan mengatakan bahawa kemas kini adalah untuk membangunkan satu set prinsip yang boleh diikuti oleh semua pihak yang mahu membangunkan teknologi kecerdasan buatan mereka sendiri menggunakan GPT.
Walaupun teknologi ini boleh digunakan oleh pihak tentera sekarang, OpenAI masih lagi melarang teknologi kecerdasan buatan mereka daripada digunakan untuk membina senjata, dan perkara ini dilaporkan akan dikawal dengan ketat oleh mereka.
Kontrak ketenteraan, khususnya untuk tentera Amerika Syarikat adalah lubuk wang yang sangat besar, dengan syarikat-syarikat gergasi seperti Microsoft juga mempunyai kontrak dengan Department of Defense.
Samada ini adalah permulaan OpenAI untuk memasuki industri ketenteraan tidak diketahui lagi, tetapi perubahan polisi ini dilihat membolehkan mereka untuk mendapatkan kontrak-kontrak baharu yang sangat lumayan. - Amanz
Topic Berkaitan
#AI
#kecerdasan buatan
#peperangan
#Ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan