PENTERNAK lembu di Shipley, England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan.

Syarikat Nofence UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu.

Kaedahnya ialah, lembu-lembu berkenaan akan mendapat amaran audio yang semakin kuat apabila mereka menghampiri kawasan sempadan meragut rumput.

Jika lembu tidak berpatah balik, kolar berkenaan akan menghasilkan denyutan elektrik selepas amaran audio.

Kolar berkenaan mempunyai bateri yang dicas semula menggunakan solar dan boleh menggunakan soket sekiranya cahaya matahari kurang ketika musim sejuk.

Cip GPS yang dibina di dalam kolar berkenaan pula boleh mengesan keberadaan haiwan berkenaan dan menghantar maklumat kepada penternak melalui rangkaian mudah alih.

Percubaan kolar GPS kepada lembu ini adalah sebahagian daripada projek penternakan regeneratif Estet Knepp, kawasan yang pernah menjadi rumah kepada penternakan intensif.

Tanah seluas 3,500 ekar itu kini dalam proses pemuliharaan semula dalam usaha meningkatkan biodiversiti.

Lembu di ladang regeneratif Knepp dipakaikan kolar berkenaan selama dua minggu untuk membantu pertumbuhan semula rumput yang telah diragut lembut.

Pakar ekologi perternakan berkata, antara manfaat daripada teknologi tersebut ialah, ia memberikan ruang biodiversiti semula apabila kawasan meragut rumput boleh dialihkan ke tempat lain.

Ini bagi memberikan ia masa untuk pulih semula.