awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan rambang di Auckland: PM sahkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA diteruskan

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2023
01:00 MYT
Tembakan rambang di Auckland: PM sahkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA diteruskan
Insiden berkenaan berlaku di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Lower Queen Street dan seorang pegawai polis antara yang cedera. - Foto REUTERS
PERDANA Menteri New Zealand, Chris Hipkins memaklumkan penganjuran Piala Dunia Wanita FIFA tetap akan diteruskan seperti yang dirancang.
Kenyataan tersebut menyusul selepas berlakunya insiden tembakan rambang di pusat bandar Auckland sehingga menyebabkan dua maut dan enam lagi cedera.
Jelasnya, pihak polis telah memaklumkan bahawa tiada ancaman keselamatan negara yang lebih meluas dan insiden tersebut hanya melibatkan tindakan seorang individu.
"Jelas sekali, dengan Piala Dunia FIFA bermula petang ini, perhatian tertumpu di Auckland. Kerajaan telah bercakap dengan penganjur FIFA pagi ini dan kejohanan akan diteruskan seperti yang dirancang.
"Saya ingin mengulangi bahawa tiada ancaman keselamatan negara yang lebih meluas. Ini nampaknya tindakan seorang individu.
"Auckland, rakyat Auckland dan mereka yang menonton di seluruh dunia boleh yakin bahawa polis telah meredakan ancaman itu dan bahawa mereka tidak mencari orang lain berhubung kejadian itu.
"Keselamatan penduduk New Zealand dan keselamatan pelawat kami adalah keutamaan kami," katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
BACA: Dua maut, enam cedera termasuk anggota polis kejadian tembakan di Auckland
Sementara itu, Menteri Sukan dan Rekreasi New Zealand, Grant Robertson memamklumkan atlet dan pengunjung yang berada di kawasan kejadian juga dalam keadaan selamat.
"Terdapat beberapa pasukan, seperti yang anda sedia maklum, yang tinggal di kawasan berhampiran. Mereka semua dalam keadaan selamat.
"Mereka akan menjalankan perniagaan seperti biasa hari ini dan bagi sesetengah daripada mereka, yang terlibat dalam perlawanan petang ini ia akan berjalan seperti yang dirancang. Bagi yang lain, ini melibatkan perpindahan ke lokasi lain di New Zealand untuk jadual perlawanan mereka.
"Jadi dalam tempoh beberapa jam akan datang, mereka akan melakukan apa yang selalu dilakukan, pergi ke latihan, pergi perlawanan dan sebagainya," katanya.
Terdahulu, polis mengesahkan suspek yang melepaskan tembakan antara yang maut dalam kejadian.
Insiden berkenaan berlaku di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Lower Queen Street dan seorang pegawai polis antara yang cedera.
Topic Berkaitan
#Chris Hipkins
#FIFA
#New Zealand
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan