BANGKOK: Seorang lelaki dari Thailand terkejut menerima telefon pintar iPhone bersaiz gergasi setelah membelinya di platform e-dagang.

Sebaik barang yang ditempah tiba, dia menyedari pesanan itu bukan telefon iPhone sebenar sebaliknya sebuah meja yang kelihatan seperti iPhone, lapor Orientaldaily.

Dia memuat naik gambar iPhone gergasi yang hampir sama besar dengan dirinya di laman sosial telah menarik perhatian ramai hingga mengundang tawa netizen.

Menerusi komen di laman sosial, netizen mengesyaki lelaki terbabit tidak melakukan pemeriksaan informasi secara terperinci sebelum membelinya hingga memperoleh barang berbeza.

BACA: Lelaki terkejut terima iPhone gergasi

Netizen juga mencari barangan terbabit di platform e-dagang dan ternyata barang itu wujud dan menyifatkan ia bukan kesilapan peniaga sebaliknya daripada pelanggan.

Bagaimanapun, netizen mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli di platform e-dagang kerana gambar yang dipaparkan boleh mengelirukan pengguna.