awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh 'lockdown' di Argentina dilanjutkan

Agensi
Agensi
09/05/2020
12:30 MYT
Tempoh 'lockdown' di Argentina dilanjutkan
Seorang pekerja penghantar makanan mengayuh basikal di tengah bandar Buenos Aires di sebalik Presiden Argentina Alberto Fernandez mengumumkan tempoh 'lockdown' di negara itu dilanjutkan. -
Selepas 50 hari berada dalam perintah sekatan pergerakan atau lockdown, Presiden Argentina Alberto Fernández mengumumkan, tempoh kuarantin dilanjutkan sehingga 24 Mei.
Bandar Buenos Aires dan kawasan sekitarnya akan terus ditutup, sementara di beberapa negeri lain akan mula menjalani pelonggaran sekatan terutama dalam sektor perdagangan dan industri yang akan dibuka mengikut kriteria yang akan ditentukan pihak berkuasa tempatan.
Meskipun lockdown masih dikuatkuasakan di Buenos Aires, Datuk Bandar Horacio Rodríguez Larreta, memaklumkan, anak-anak akan dapat keluar bersama ibu bapa pada hujung minggu untuk berjalan-jalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Lockdown di seluruh negara bagi mengekang penyebaran COVID-19 bermula pada 20 Mac dan, dijadualkan berakhir pada 10 Mei.
Argentina mencatatkan 5,208 kes positif dengan 273 kes kematian.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Buenos Aires
#COVID-19
#koronavirus
#lockdown
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan