DOHA: Pemerintah Am Angkatan Pertahanan Bahrain berkata pada Selasa, unit-unitnya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mempertahankan negara sekiranya berlaku ketegangan di rantau itu, lapor Spunik/RIA Novosti.
"Semua senjata dan unit berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia sepenuhnya untuk memberikan perlindungan," menurut kepimpinan tentera itu di X.
Advertisement
Pemerintah angkatan tentera memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghampiri sebarang objek yang mencurigakan yang mungkin ditemui di darat berikutan serangan udara, sambil menambah bahawa unit kejuruteraan angkatan tentera "bersedia untuk bertindak balas terhadap insiden sedemikian".
Pada Isnin, pihak berkuasa UAE memaklumkan mereka telah memintas 12 peluru berpandu balistik dan empat dron yang dilancarkan dari Iran.
Bagaimanapun, Tehran menafikan dakwaan terlibat dalam serangan ke atas wilayah UAE.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI