awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Britain bergelut rekrut pakar keselamatan siber

Bernama
Bernama
14/08/2023
09:16 MYT
Tentera Britain bergelut rekrut pakar keselamatan siber
Britain berdepan kekurangan pekerja siber negara, dengan majikan mengalami kesulitan untuk mengisi hampir empat dari 10 jawatan yang berkaitan, menurut kerajaan negara tersebut. - Gambar hiasan
MOSCOW: Tentera Britain sedang bergelut untuk merekrut pakar keselamatan siber di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat daripada perniagaan dan kepentingan sektor siber terhadap kemampuan menyerang dan bertahan negara.
Perkara itu didedahkan pengarah urusan pertahanan dan keselamatan di syarikat penyumberan luar proses perniagaan dan perkhidmatan profesional Capita yang berpangkalan di London, Richard Holroyd lapor Sputnik.
"Anda berkata kepada orang yang berminat dengannya, datang dan jadi pakar siber dalam angkatan tentera, tapi pasaran luar juga mempelawa mereka menjadi pakar siber. Jadi dalam ruang itu, anda bersaing... Dalam pasaran buruh dengan pekerjaan penuh, ia adalah permainan yang sukar," Holroyd dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Telegraph pada Ahad.
Laporan itu menyatakan bahawa Capita hanya berjaya memenuhi 80 peratus sasaran pengambilan tenteranya pada tahun 2023, dengan kesukaran terbesar berkaitan dengan jawatan teknikal kerana "setiap perkara berkaitan dengan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik) adalah persekitaran yang sangat kompetitif" dan kemahiran tersebut adalah "sukar".
Britain berdepan kekurangan pekerja siber negara, dengan majikan mengalami kesulitan untuk mengisi hampir empat dari 10 jawatan yang berkaitan, menurut kerajaan negara tersebut.
Pada 2022, permintaan untuk pakar keselamatan siber meningkat sebanyak sepertiga, dengan lebih daripada 160,000 pekerjaan keselamatan siber diiklankan, menurut laporan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Britain
#Angkatan Tentera
#pakar siber
#pertahanan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan