TENTERA Sudan (SAR) umum kesediaan untuk berunding dengan Pasukan Separa Tentera (RSF) untuk melanjutkan gencatan senjata sedia ada.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Wakil SAR dan RSF memeterai perjanjian gencatan senjata tujuh hari bagi membolehkan koridor kemanusiaan dibuka.

Perjanjian yang ditaja Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) itu ditandatangani di Jeddah.

Ia berkuatkuasa jam 9 malam waktu tempatan, 22 Mei lalu.

RSF tegaskan ia sedia untuk berunding bagi memperbaharui perjanjian tersebut.

Pertempuran di Sudan, yang tercetus sejak April sehingga kini, menyebabkan 866 korban dalam kalangan orang awam, manakala 3,721 lagi dilaporkan cedera.

Kementerian Kesihatan Sudan turut melaporkan sebahagian hospital di Khartoum, selatan Darfur dan tengah Darfur tidak lagi berfungsi akibat konflik tersebut.