INTERNATIONAL
Tentera Udara Korea Selatan diperiksa selepas dua insiden kesilapan juruterbang

Tentera Korea Selatan akan melakukan pemeriksaan ke atas Tentera Udara berkaitan disiplin operasi dan kesiapsiagaan susulan insiden pengeboman tidak sengaja dan pelepasan pod senjata. -Gambar fail/Yonhap
SEOUL: Tentera Korea Selatan akan melakukan pemeriksaan ke atas Tentera Udara berkaitan disiplin operasi dan kesiapsiagaannya minggu ini, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) pada Selasa.
Ringkasan AI
- Tentera Korea Selatan akan melakukan pemeriksaan ke atas Tentera Udara berkaitan disiplin operasi dan kesiapsiagaan susulan insiden pengeboman tidak sengaja dan pelepasan pod senjata.
- Dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menggugurkan lapan bom di luar kawasan latihan di Pocheon, mengakibatkan 52 orang cedera.
- Sebuah pesawat KA-1 secara tidak sengaja menjatuhkan dua pod senjata dan tangki bahan api kosong semasa latihan di Pyeongchang, tanpa kecederaan atau kerosakan harta benda.
Seorang pegawai JCS berkata pemeriksaan terhadap skuadron pejuang Tentera Udara dijadualkan berlangsung sehingga Jumaat dan mungkin dilanjutkan sekiranya perlu.
Ia susulan beberapa siri insiden melibatkan aset Tentera Udara pada Mac dan April yang menimbulkan kebimbangan terhadap kelonggaran disiplin dalam angkatan itu.
Pada 6 Mac, dua jet pejuang KF-16 secara tidak sengaja menggugurkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, semasa latihan menembak langsung, mengakibatkan 52 orang cedera, termasuk 38 orang awam.
Awal bulan ini pula, sebuah pesawat serangan ringan KA-1 yang mengambil bahagian dalam latihan di Pyeongchang, kira-kira 125 kilometer di timur Seoul secara tidak sengaja menjatuhkan dua pod senjata dan tangki bahan api kosong. Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam insiden itu.
Tentera Udara memaklumkan kesilapan juruterbang menjadi punca kedua-dua insiden berkenaan dan memohon maaf kepada orang ramai atas kebimbangan yang timbul, serta berjanji untuk mengambil langkah praktikal bagi mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami