awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima 10,000 permohonan, tauke durian tak jadi cari calon menantu

Agensi
Agensi
07/03/2019
00:30 MYT
Terima 10,000 permohonan, tauke durian tak jadi cari calon menantu
Kata Anont, telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita berkenaan mula tersebar di seluruh dunia. - Astro AWANI
DUA hari selepas menawarkan pulangan lumayan dalam mencari bakal menantu, seorang tauke durian di Thailand, Anont Rotthong, kemudiannya membuat keputusan membatalkan tawaran itu.
Beliau yang menjalankan perniagaan di dua buah pasar di wilayah Chumphon di selatan Thai, pada hujung minggu lalu menawarkan hadiah bernilai 10 juta bhat merangkumi wang tunai, kereta dan kebun durian kepada lelaki yang berjaya menambat hati anaknya.
Syarat penting yang mesti dipenuhi, seperti dinyatakan dalam posting di akaun Facebook miliknya, lelaki yang bakal jadi menantunya mesti tahu cara membeli dan juga memilih durian. Untuk membuktikannya, calon menantu harus mengambil bahagian dalam satu 'pertandingan' selama tiga bulan yang akan diadakan di salah satu kebun duriannya.
Akan tetapi, pada Selasa malam, usahawan durian berkenaan mengumumkan menerusi satu lagi posting di Facebook, mengatakan dia tidak lagi akan melayan sebarang permohonan.
Mana tidaknya, katanya, sejak berita berkenaan viral, dia menerima lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon menantu untuk anak gadisnya yang berusia 26 tahun.
BACA: Pandai pilih durian? Bapa ini mahu jodohkan anda dengan anaknya berserta segala harta!
Malah, menurut Anont, 58 tahun, telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita berkenaan mula tersebar di seluruh dunia.
"Kepada lelaki yang berminat, berhenti telefon saya! Saya letih dengan panggilan telefon yang tidak henti-henti.
"Beri saya ruang untuk berehat," tulisnya lagi, sambil menambah, pertandingan yang dirancang diadakannya itu juga turut dibatalkan.
Topic Berkaitan
#Facebook
#menantu
#tauke durian
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan