[TERKINI] Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dijatuhi hukuman mati
![[TERKINI] Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dijatuhi hukuman mati [TERKINI] Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dijatuhi hukuman mati](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/41763370772_TBSheikhHasina.jpg)
Sheikh Hasina, dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan insiden keganasan ketika protes pelajar tahun lalu. - Foto Reuters
DHAKA: Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah atas pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan insiden keganasan ketika protes pelajar tahun lalu.
Ringkasan AI
- Sheikh Hasina, bekas Perdana Menteri Bangladesh, dihukum mati kerana kesalahan berkaitan insiden keganasan semasa protes pelajar tahun lepas, termasuk hasutan dan arahan membunuh.
- Mahkamah Jenayah Bangladesh menemui Hasina bertanggungjawab atas tindakan kekerasan yang menyebabkan kejatuhan pemerintahannya serta ratusan kematian dalam demonstrasi menentang dasar kuota pekerjaan.
- Keputusan hukuman mati tersebut diumumkan tanpa kehadiran Hasina di mahkamah, dengan PBB melaporkan insiden tersebut sebagai salah satu krisis politik terburuk dalam sejarah Bangladesh.
Keputusan itu dibacakan tanpa kehadiran Hasina di mahkamah, dengan hakim mengambil hampir 40 minit untuk menjelaskan asas undang-undang dan justifikasi kuasa tribunal dalam menjatuhkan hukuman tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini melaporkan pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan sepanjang 2024 mengorbankan sehingga 1,400 orang, menjadikan krisis itu antara yang paling buruk dalam sejarah politik Bangladesh.
Protes pelajar berhubung isu kuota pekerjaan mencetuskan gelombang bantahan di seluruh negara, sebelum krisis itu memuncak dengan kejatuhan pentadbiran Hasina.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


