awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Israel cuba seret AS dalam kancah perang dengan Iran - Putera Mahkota Saudi

Bernama
Bernama
15/06/2025
01:30 MYT
[TERKINI] Israel cuba seret AS dalam kancah perang dengan Iran - Putera Mahkota Saudi
Putera Mahkota (kiri) yakin Iran akan bertindak secara bijaksana dan menggagalkan matlamat Israel sementara Pezeshkian (kanan) berkata beliau berusaha memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu sejak hari pertama pentadbirannya.
TEHRAN: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bertitah Riyadh percaya rejim Israel sedang berusaha memperdalam konflik dengan Iran dalam cubaan untuk menyeret Amerika Syarikat (AS) ke dalam peperangan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam perbualan telefon dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Sabtu, Putera Mahkota menyatakan keyakinan bahawa Iran akan bertindak secara bijaksana dan menggagalkan matlamat Tel Aviv.
"Hari ini, seluruh dunia Islam bersatu menyokong anda," titah Mohammed bin Salman kepada presiden itu.
Pezeshkian berkata beliau berusaha untuk memperkukuh keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini sejak hari pertama pentadbirannya, namun Israel sentiasa cuba menggagalkan usahanya setiap kali hampir mencapai kejayaan.
Beliau turut menyuarakan harapan agar Iran dan Arab Saudi dapat bekerjasama mewujudkan ketenangan di rantau ini.
Serangan rejim Israel ke wilayah Iran bermula pada malam Jumaat, menyasarkan sistem pertahanan udara serta kemudahan tenaga nuklear dalam gelombang serangan pertama.
Beberapa pegawai kanan tentera Iran turut menjadi sasaran.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio segera mengumumkan bahawa Amerika Syarikat tidak terlibat dalam serangan itu.
Iran melancarkan serangan balas ke dalam wilayah diduduki Israel, termasuk Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.
Terbaharu, ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran menjadi sasaran rejim Zionis awal pagi Ahad.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Masoud Pezeshkian
#Putera Mahkota Mohammed bin Salman
#konflik Israel-Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan