[TERKINI] Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela, Caracas - Laporan
![[TERKINI] Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela, Caracas - Laporan [TERKINI] Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela, Caracas - Laporan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/61767431328_Venezuelaexplosion.jpg)
Imej yang disiarkan oleh stesen televisyen NTN24 menunjukkan kejadian letupan serta kepulan asap. - Foto Reuters
BUENOS AIRES: Beberapa letupan dilaporkan berlaku di ibu negara Venezuela, Caracas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.
Imej yang disiarkan oleh stesen televisyen NTN24 menunjukkan kejadian letupan serta kepulan asap.
Sebuah video daripada saluran VPItv pula memaparkan beberapa helikopter terbang di ruang udara bandar itu pada waktu malam.
Punca kejadian letupan berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Kerajaan Venezuela setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


