awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, Singapura kembali beroperasi

Bernama
Bernama
16/05/2017
23:47 MYT
Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, Singapura kembali beroperasi
Satu kebakaran kecil berlaku di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dan ia dapat dipadamkan Pasukan Pertahanan Awam Singapura, 16 Mei, 2017. (Pix: Today via AP)
Operasi penerbangan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi kembali beroperasi secara berperingkat berikutan kebakaran kecil pada petang Selasa.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi kelulusan untuk menyambung semula operasi di Terminal 2 dan penerbangan akan disambung semula secara berperingkat.
"Operasi akan bermula dengan beberapa penerbangan tiba," menurut Lapangan Terbang Changi yang dikemas kini dalam akaun Facebooknya.
"Orang ramai dinasihatkan menyemak laman web kami atau aplikasi iChangi untuk butiran penerbangan tertentu," menurut lapangan terbang itu.
Para penumpang penerbangan yang berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Changi petang semalam, boleh menjangkakan kelewatan jadual penerbangan yang ketara berikutan satu kebakaran kecil di terminal balai berlepas.
"Bagi menjamin keselamatan, Terminal 2 ditutup. Semua penerbangan yang berlepas dan tiba di Terminal 2 akan dipindahkan ke Terminal 3 sehingga diberitahu kelak," menurut lapangan terbang Changi dalam kenyataan menerusi Facebook sebelum ini.
Menurut lapangan terbang itu, maklumat penerbangan sedang dikemas kini dan penumpang perlu menyemak skrin maklumat penerbangan di terminal dan di laman web Lapangan Terbang Changi untuk barisan daftar masuk, pintu berlepas dan butiran bagasi.
"Kami telah mengenal pasti punca kebakaran. Keadaan terkawal. Operasi Penerbangan di Terminal 2 terjejas. Kami akan memaklumkan apabila operasi bersambung semula," menurut lapangan terbang itu.
Menurut lapangan terbang itu, penggera kebakaran di terminal diaktifkan pada kira-kira 5.40 petang disebabkan asap yang melalui lubang udara.
"Pemindahan terminal dimulakan dan pasukan Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang Changi berada di tempat kejadian," kata lapangan terbang itu.
Sementara itu, SCDF mengesahkan kebakaran kecil berlaku di Terminal 2 lapangan terbang itu dan ia dapat dipadamkan SCDF, menurut lapangan terbang itu melalui maklumatnya yang dikemas kini dalam Facebook.
Menurut lapangan terbang itu, dua orang dibawa ke hospital kerana terhidup asap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#kebakaran
#Lapangan Terbang Changi
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan