awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla akan dilancar di Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2025
00:00 MYT
Tesla akan dilancar di Arab Saudi
Syarikat itu dijangka mempamerkan model kenderaan elektriknya terkini serta produk berasaskan tenaga solar. - Foto fail/AP
TESLA umum akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan.
Ia menandakan pemulihan hubungan antara ketua pegawai eksekutifnya, Elon Musk dan kerajaan negara itu selepas perselisihan yang bermula sejak 2018.
Dalam kenyataan di laman web rasminya, Tesla memaklumkan bahawa pelancaran rasmi di Arab Saudi akan berlangsung pada 10 April ini di Riyadh.
Syarikat itu dijangka mempamerkan model kenderaan elektriknya terkini serta produk berasaskan tenaga solar.
Seterusnya, Tesla akan membuka kedai sementara di Riyadh, Jeddah dan Dammam sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di negara itu.
Hubungan antara Tesla dan Arab Saudi menjadi tegang sejak 2018, apabila Musk mendakwa beliau telah mendapat pembiayaan untuk menjadikan Tesla sebagai syarikat persendirian, selepas berbincang dengan dana kekayaan negara Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF).
Bagaimanapun, urus niaga itu tidak menjadi kenyataan dan membawa kepada saman daripada pelabur serta pendedahan mesej teks tegang antara Musk dan ketua PIF, Yasir Al-Rumayyan.
Bagaimanapun, hubungan kedua-dua pihak semakin pulih, terutama selepas Musk memainkan peranan penting dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang kini kembali berkuasa.
Topic Berkaitan
#Tesla
#Elon Musk
#kenderaan elektrik
#solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan